Jalan rosak, tanah runtuh dibaiki segera - Bung

RUNTUH.. Jalanraya Kota Kinabalu Keningau CH103 dan CH107 turut mengalamai kejadian tanah runtuh kemarin dan akan diperbaiki segara oleh pihak konsesi yang terlibat

Jalan terjejas oleh tanah runtuh akan dibaiki segera – Bung

KOTA KINABALU: Kerja-kerja pembaikan jalan rosak dan tanah runtuh akibat hujan lebat di beberapa daerah di Sabah akan dilakukan dengan kadar segera.

TURUN PADANG… Bung bersama Pengarah JKR Ir Ali Ahmad Hamid turun padang sebelum ini bagi memantau kejadian tanah runtuh di Kundasang Ranau.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kebanyakan jalan yang rosak itu dikendalikan syarikat konsesi yang dilantik kerajaan.


Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengarahkan pihak konsesi memantau dan memperbaiki jalan raya di bawah kendalian konsesi itu dengan segera.

“Kita sudah meminta mereka menyediakan laluan alternatif supaya pengguna jalan raya tidak terkesan dengan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BUNG MOKTAR RADIN
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata, mana-mana jalan raya yang rosak termasuk jalan terlibat akibat hujan dan banjir sejak beberapa hari ini akan diperbaiki segera oleh syarikat konsesi.


Malah, jalan raya dinaiki banjir khususnya yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya Pan Borneo akan turut dipantau serta parit yang tersumbat perlu dibersihkan agar air tidak bertakung.

“Bagi cerun dan jalan runtuh dikendalikan JKR yang tidak melibatkan kos yang tinggi untuk pembaikan dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan,” katanya.

Bung Moktar berkata, beliau juga sudah mengarahkan jurutera JKR di setiap daerah untuk memantau jalan yang berisiko.


Justeru, beliau mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa memandu ketika musim hujan dan banjir bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar tidak meredah banjir dan arus deras yang boleh membahayakan keselamatan diri.

Post a Comment

أحدث أقدم