Kebakaran mengorbankan empat sekeluarga di Penampang: SOP kebakaran punca empat maut?

Matthew Wong, 50, isterinya Jecky Vun Kon Fong, 47, serta dua anak mereka Brandon Wong, 18, dan Eric Wong, 15, maut dalam tragedi jam 2.30 pagi itu. Sebuah Proton Saga dan sebuah Perodua Alza turut terbakar 30 peratus.

PENAMPANG: 4 sekeluarga rentung dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Hungab, Jalan Nosoob, awal Selasa.

Kematian mereka membangkitkan persoalan mengenai kemampuan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk bertindak cepat dan cekap apabila, tidak seperti dahulu, semua panggilan kini mesti disalurkan ke Kuala Lumpur terlebih dahulu, sebelum disalur semula ke balai masing-masing, sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP).


Walaupun mempunyai gril dipasang mangga kunci di dalam bilik mereka tidak membantu, apa yang pasti adalah masa respons segera penting kerana dalam kejadian ini, pasukan bomba pada mulanya tersilap arah.

Matthew Wong, 50, isterinya Jecky Vun Kon Fong, 47, serta dua anak mereka Brandon Wong, 18, dan Eric Wong, 15, maut dalam tragedi jam 2.30 pagi itu. Sebuah Proton Saga dan sebuah Perodua Alza turut terbakar 30 peratus.
Daily Express dapat mendedahkan bahawa jiran mangsa terus menghubungi MERS999 pada pukul 2.48 pagi selepas melihat salah seorang remaja itu menyinarkan lampu suluh sambil menjerit meminta tolong.

Bagaimanapun, pasukan bomba hanya tiba selepas jam 3 pagi walaupun lokasi balai tidak sampai satu kilometer dari situ dan tiada lalu lintas pada waktu ini.

Selain itu, nampaknya berlaku kesilapan penyampaian maklumat kerana panggilan itu dipercayai disalurkan ke ibu pejabat di Kuala Lumpur terlebih dahulu menyebabkan masa terbazir kerana petugas di situ tidak tahu di mana letaknya Penampang atau Donggongon.

Ia tidak berakhir di situ. Jentera bomba yang dikerah pada mulanya menghala ke Penampang Baru yang terletak beberapa kilometer dari situ.

Mengingati kejadian itu, jiran Anson, 20, berkata ibunya memintanya pergi memeriksa selepas terdengar bunyi kaca pecah dan terhidu bau terbakar.

Anson bersama abangnya Nelson, 28, keluar untuk memeriksa dan berasa gerun melihat rumah jiran mereka terbakar dan Brandon mengayun-ayunkan lampu suluh di tingkap sambil menjerit meminta tolong.


Ketika itulah Anson menghubung MERS999 pada pukul 2.48 pagi dan kecewa dengan petugas talian itu yang bertanya banyak soalan kerana tidak tahu di mana Penampang atau Donggongon.

Merasakan bahawa MERS999 berpusat di Ibu Negara, dia meminta petugas itu meminta Bomba atau Polis Penampang menghubungi telefon bimbitnya.

Bomba dan polis ada menghubunginya tetapi selepas bantuan belum tiba, dia membuat satu lagi panggilan pada pukul 3.04 pagi.

“Tidak lama selepas itu, kami mendengar bunyi siren tetapi mereka masih tidak muncul. Seorang jiran yang tinggal bertentangan kami memandu untuk mencari pasukan bomba itu dan mereka akhirnya menemukan lokasi ini,” kata Anson.

Seorang lagi jiran, yang enggan dinamakan, berkata dia terdengar daripada seorang anggota bomba bahawa kesilapan memberi maklumat menyaksikan pasukan penyelamat menuju ke Penampang Baru dan bukannya ke Hungab.

Matthew, seorang kontraktor, berasal dari Kota Belud di mana ibunya membuat pakaian seragam untuk tentera sementara Jecky sebelum ini merupakan pemandu pelancong tetapi telah pun berhenti disebabkan pandemik Covid-19.

Brandon dipercayai telah menamatkan pendidikan menengahnya dan sekali sekala membantu neneknya dalam perniagaan menjahit, sementara Eric sedang belajar di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.


Difahamkan keluarga mangsa tinggal di rumah itu sejak tujuh tahun lepas. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Ali Ismail tidak menyebut secara khusus bila waktunya mereka tiba di lokasi kejadian tetapi berkata bahawa si bapa dan dua anaknya terperangkap di dalam sebuah bilik sementara si ibu ditemukan di dalam bilik air berhampiran.

“Kesemua bilik lain di rumah itu dipasangkan gril yang tidak boleh dibuka, sementara bilik tersebut mempunyai gril yang boleh dibuka tetapi dipasangkan mangga kunci.

“Dipercayai mereka cuba membuka gril itu tetapi tidak menjumpai kunci mangga itu. “Kebakaran dipercayai bermula dari tingkat bawah dan saya percaya mereka cuba keluar melalui tingkap bilik di mana mereka ditemui,” katanya.

Mohd Ali berkata punca sebenar kebakaran belum diketahui dan anjing pengesan Unit K9 yang dilatih untuk mencari punca kebakaran dihantar ke lokasi berserta unit forensik untuk mencari punca kebakaran.

Beliau berkata anggota bomba telah mengeluarkan garis panduan mengenai gril yang memberi panduan bagaimana untuk membuka gril tanpa kunci.

“Dalam keadaan panik, kita tidak akan nampak kunci mangga biarpun ia di depan mata kita, dengan itu, garis panduan ini akan membantu sesiapapun malah dalam keadaan panik, untuk membuka gril tanpa menggunakan sebarang kunci.


Mohd Ali juga menasihatkan orang ramai supaya memasang alat pengesan asap agar kebakaran dapat dikesan pada peringkat awal.

Sementara itu, Ketua Zon I Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba, Hamsa Isnurdini berkata, jabatannya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.52 pagi.

Beliau berkata 11 pegawai dan anggota dikerahkan ke tempat kejadian bersama dua jentera dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di tempat kejadian, operasi pemadaman dijalankan serta-merta.” Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 3.40 pagi sebelum operasi ditamatkan pada pukul 6.10 pagi. – Daily Ekspress via Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

أحدث أقدم