Kes lelaki didakwa bunuh teman wanita dipindah ke Mahkamah Tinggi

Picture
Hartono (dua dari kiri) dibawa ke lokap mahkamah.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

KES BUNUH: GARA-GARA CEMBURU, LELAKI TEMPATAN BERHADAPAN HUKUMAN MATI

Kota Kinabalu: Kes seorang lelaki berumur 30 tahun yang didakwa membunuh teman wanitanya, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Lovely Natasha Charles pada Isnin membuat perintah tersebut bagi kes Hartono Janang susulan permohonan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.


Hartono dituduh membunuh Kamalia Yusopp, 35, antara jam 12.30 pagi dan 6.55 malam pada 19 Januari tahun ini di bukit di belakang sebuah hotel di Bandaran Berjaya, di sini.

Tertuduh dikatakan menumbuk muka mangsa berulang kali sehingga menyebabkan kecederaan di muka, kepala serta pendarahan dalaman.

Picture
HARTONO (dua, kiri) selepas prosiding.

Mayat mangsa ditemui petugas Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ketika membuat kerja-kerja pembersihan di lokasi penemuan mangsa.

Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Rayuan Hartono akan direkodkan di Mahkamah Tinggi.


Beliau seorang lelaki tempatan dihadapkan di Mahkamah Tinggi atas tuduhan membunuh teman wanitanya kerana cemburu apabila teman wanitanya itu berjalan dengan lelaki lain.

Hartono, yang tidak diwakili, diperintah reman lanjut kerana tuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan ikat jamin.

Picture
Mayat seorang wanita lengkap berpakaian ditemui terlentang berhampiran tempat pembuangan sampah di kawasan Bandaran Berjaya. - Foto IHSAN IPD KOTA KINABALU

Terdahulu dia didakwa membunuh Kamalia Yussop, 35, berbangsa Brunei berasal dari Kampung Sim-Sim Sandakan pada 19 Januari 2021 berhampiran tempat pembuangan sampah, belakang sebuah hotel di Bandaran Berjaya, di sini.

Kes dibacakan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang didapati positif dadah jenis syabu, menurut sumber tertuduh dikatakan cemburu melihat simati berjalan dengan lelaki lain, bertindak menumbuk muka simati berulang kali sehingga menyebabkan kecederaan di muka dan kepala serta pendarahan dalaman.


Dalam kes lain, seorang lelaki didenda RM25 atau penjara sehari kerana melakukan khianat di tempat awam empat bulan lalu.

Minson Ombolog mengaku bersalah menumbuk, menendang serta memukul dua kereta menggunakan topi keledar dengan niat mahu menyerang orang di dalam kereta itu pada pukul 11.50 malam 25 Mei, berdekatan kedai Taman Fortuna.

Dia didakwa di bawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda RM25 atau penjara sehingga seminggu, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, empat orang dijatuhi hukuman kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.


Mujim Talip dipenjara tujuh bulan selepas dia mengaku memiliki 0.03 gram syabu di Penampang pada 18 Jun.

Jie Romeo, Eric Liew dan Daryl Ian masing-masing dipenjara lima bulan selepas mereka mengaku bersalah secara berasingan mengambil syabu di lokasi berlainan di sini dan di Penampang antara 16 dan 24 Mei.

Mujim didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jie, Eric dan Daryl didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta sama, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Inspektor Navind Kumar Vijayan menjalankan pendakwaan.

SOURCE: Daily Ekspress

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم