Lori Trailer bawa muatan tong gas terbabas sendiri

Picture
TERBALIK: Lori trailer berkenaan terbalik dan muatannya terhambur selepas terbabas sendiri berhampiran lampu isyarat.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


TAWAU: Seorang lelaki mengalami detik cemas selepas lori trailer yang dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Belunu, di sini pagi tadi.

Lori yang membawa tong gas kosong itu terbalik di laluan bertentangan dan barang muatannya terhambur menyebabkan pengguna jalan raya lain panik.


Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, lori terbabit dipandu dari gudang gas Kampung Jawa Kongsi 10 menghala ke depoh gas jalan Tanjung Batu sebelum terbabas sendiri di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata kemalangan berpunca disebabkan kecuaian pemandu lori yang tidak peka dengan lampu isyarat.

“Pemandu terbabit cuba memberhentikan lori yang dipandunya ketika lampu isyarat bertukar kuning, namun tiba-tiba brek kenderaan itu tidak berfungsi.


“Lori berkenaan hilang kawalan sebelum terbalik kerana terlanggar tebing tanah dan papan iklan di tepi sebelah kanan jalan arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Peter berkata, pemandu lori, 29, tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius manakala lori tersebut pula rosak di bahagian hadapan.


“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca dari kecuaian pemandu lori tersebut yang hilang kawalan pemanduan ketika berada di lampu isyarat.

“Kes tersebut disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59,” katanya.

SOURCE: UTUSAN BORNEO

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.