Lokasi di mana mangsa dikatakan hilang kawalan motosikalnya sebelum merempuh jalan konkrit di sepanjang Jalan Kepayan.
Penunggang motosikal ditemui mati dalam longkang selepas kemalangan, Mangsa dipercayai terbabas sendiri
Kota Kinabalu: Mangsa penunggang motosikal yang ditemui meninggal dunia di Jalan Kepayan, berhampiran Aeropod, di sini, semalam, dipercayai terbabas sendiri.
Anggota polis trafik menjalankan pemeriksaan ke atas mayat mangsa yang ditemui di dalam longkang berhampiran Aeropod, Jalan Kepayan, Kota Kinabalu.
Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Jo Ak Hang berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 23 tahun dipercayai dalam perjalanan dari pusat bandar menghala ke Kepayan.
Katanya, sebaik sampai dilokasi kejadian, mangsa disyaki hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan sebelum masuk ke dalam longkang.
“Mangsa dikenali sebagai Mac Drint Manus, menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR. Kemalangan disyaki berlaku pada awal pagi, semalam, berdasarkan keadaan mayat mangsa.
“Kejadian hanya disedari seorang pejalan kaki yang sedang melalui kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Jo berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) Ariff Akmal pada jam 4.55 petang, dilokasi kejadian.
Sehubungan itu, Jo berkata, mangsa tidak disyaki mabuk namun, sampel darah akan diambil semasa bedah siasat dijalankan untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis alkohol dan dadah.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Kota Kinabalu: Seorang penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di Jalan Kepayan, berhampiran Aeropod, di sini.
Mangsa berusia 23 tahun beralamat Kampung Toboh Laut, Keningau ditemui orang awam dalam keadaan sadis selepas dipercayai terlipat di dalam longkang di tepi jalan berkenaan kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang turut hadir di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Lelaki yang enggan dikenali berkata, sebelum menemui mangsa, dia sedang berjalan kaki melalui jalan berkenaan seorang diri.
Motosikal disyaki ditunggang mangsa turut ditemui berhampiran mayat mangsa.
Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi penemuan itu, dia menyedari terdapat sebuah motosikal di tepi celah semak berhampiran.
“Saya terus menghampiri motosikal berkenaan sebelum menyedari terdapat seorang lelaki terbaring di dalam longkang berkenaan.
Keadaan mayat mangsa yang ditemui di dalam longkang berhampiran Aeropod, Jalan Kepayan, Kota Kinabalu.
“Terkejut dengan penemuan itu, saya terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Difahamkan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia hampir 24 jam berdasarkan keadaan tubuhnya mulai membengkak.
Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati keadaan mangsa yang terbaring di dalam longkang di tepi jalan berkenaan sememangnya sukar dilihat pengguna jalan raya lain.
Sepasukan polis juga dilihat tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kemalangan berkenaan.
-Deasoka
SOURCE:
Deasoka
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment