Sekitar Pertemuan Ong Kim Swee dan Bung Moktar di Kuala Lumpur. |
Kehadiran Kim Swee langkah serius perbaiki Sabah FC
Kota Kinabalu: Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa), Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan usaha Sabah Football Club FC melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih baharu mencerminkan langkah serius persatuan itu untuk mengangkat sukan bola sepak Sabah ke tahap yang lebih positif.Katanya, Safa yakin kehadiran Kim Swee yang juga bekas pemain dan jurulatih kebangsaan mampu membentuk pasukan yang setanding dengan pasukan-pasukan lain di negara ini.
TERUS BERJUANG Bung Moktar bersama Kim Swee menunjukkan isyarat lawan semasa perjumpaan mereka di Kuala Lumpur kelmarin. |
Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah menerima peletakan jawatan Kim Swee sebagai Pengarah Teknikalnya semalam dan akan memulakan tugas baharu sebagai ketua jurulatih Sabah FC berkuatkuasa 1 Oktober ini.
Kim Swee juga mengadakan perjumpaan dengan Bung Moktar di Kuala Lumpur hari ini susulan penerimaan tugas baharunya dengan Sabah FC.
Minggu lalu, pengurus Sabah FC, Marzuki Nasir mengumumkan keputusan kelab untuk merehatkan ketua jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berikutan prestasi merudum pasukan dalam saingan Liga Super.
Penolong jurulatih, Burhan Ajui dilantik sebagai pengendali sementara pasukan selain melantik jurulatih Jelius Ating sebagai penolong pengurus pasukan.
Menurut Bung Moktar, sebagai badan induk bola sepak di Sabah, Safa bertanggungjawab untuk memantau prestasi Sabah FC agar ia tidak tersasar dari matlamat meningkatkan mutu bolasepak di negeri ini.
"Peminat mengharapkan Sabah FC sentiasa menunjukkan pencapaian yang baik dan pada masa sama, Safa juga sejak dari awal penubuhan kelab profesional ini mahu ia terus cemerlang dalam sukan ini," tegasnya.
Presiden Safa itu yakin Sabah FC mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak di Sabah seperti pernah dikecapi sebelum ini.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
إرسال تعليق