Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 4 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 16 September. |
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 4 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 3 September hingga 16 September ini.
Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.
Pelaksanaan PKPD bermula 3 September hingga 16 September seperti berikut:
a) Perumahan Pekerja Ladang Mayvin 2 di Telupid.
b) Kampung Tagaroh di Kota Marudu.
c) Kilang dan kuarters Kilang Papan Cargo Timber di Kampung Biah, Keningau.
d) Kampung Dumpiring Bawah di Ranau.
إرسال تعليق