Dalam operasi jam 2 petang itu, Polis menemui bot terbengkalai dengan 10,000 kg kulit pokok tangar. Semua kayu berkenaan ditinggalkan di dalam sebuah bot yang dipercayai dari Filipina.
PGA Sabah Rampas Kulit Kayu Tangar Benilai RM350,000
KOTA KINABALU: Operasi Op Khazanah Bersepadu menemui 10,000 kilogram kulit kayu tangar dipercayai dicuri dari Hutan Simpan Kuala Sungai Paitan, Sungai Sugut, Pulau Jambongan, Beluran, semalam.Dalam operasi jam 2 petang itu, kayu berkenaan ditemui ditinggalkan dalam sebuah bot dipercayai dari Filipina.
Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias, berkata operasi dijalankan pegawai dan anggota Batalion 20 PGA Beluran dengan kerjasama Jabatan Perhutanan dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).
Katanya, ketika rondaan pasukan operasi menemui sebuah bot berserta enjin yang tidak berdaftar dipercayai digunakan penceroboh.
"Pasukan operasi terus melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar dan tidak menemui mana-mana individu atau kesalahan lain di lokasi.
Anggota Batalion 20 PGA Beluran bersama agensi lain memeriksa bot membawa muatan kulit kayu tangar yang dicuri dari Hutan Simpan Kuala Sungai Paitan. - Foto ihsan PGA Sabah
"Rampasan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bot bersama kulit kayu tangar dilupuskan dengan membakar semua termasuk bot yang disyaki dari Filipina.
Abdul Rani berkata, semua kayu yang ditemui dianggarkan bernilai RM350,000 berdasarkan harga pasaran semasa.
Katanya, bot yang digunakan pula dianggarkan bernilai RM80,000 dan menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM450,000.
Kayu haram bernilai RM350,000: Sebuah kapal terbengkalai yang sarat dengan kulit kayu tangar disita oleh polis.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 23 Enakmen Perhutanan 1968 dan Peraturan-Peraturan Hutan 1969.
"Jabatan Perhutanan kemudiannya melupuskan dengan membakar semua kulit kayu berkenaan termasuk bot ," katanya.
SOURCE: The Star
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق