Seluruh Sarawak 'diserang' varian Delta

http://beritaup2date.blogspot.com/ Varian Delta dikesan 100 peratus di bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang serta kes Import A.

Kuching: Varian Delta menjadi varian dominan yang menjangkiti pesakit Covid-19 di Sarawak.


Ia disahkan hasil penjujukan genom pada varian SARS-COV 2 oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pengarah IHCM, Prof Dr David Perera berkata, pada 31 Ogos lalu, sejumlah 303 varian yang membimbangkan (VOC) tambahan dikesan daripada 307 kes positif.


Menurutnya, semua VOC itu adalah varian Delta (B.1.617.2) dengan keseluruhan yang dikesan pada kadar 99 peratus dan ia mewakili peningkatan dari 82 peratus yang dilaporkan oleh IHCM pada 2 Ogos lalu.

"Justeru, data itu menunjukkan varian Delta adalah varian dominan yang sudah tersebar luas di Sarawak pada masa ini," katanya dalam laporan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah, hari ini.

Dr David berkata, varian Delta dikesan 100 peratus di bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang serta kes Import A.


Bahagian Sibu dan Kapit pula mencatatkan 97 peratus manakala bahagian Bintulu 98 peratus.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

أحدث أقدم