Warga asing miliki kulit kayu tangar dipenjara 3 bulan

Suspek warga asing yang ditahan selepas menceroboh hutan simpan dan mengambil kulit kayu tangar dipenjara 3 bulan

KOTA KINABALU: Seorang warga asing berumur 38 tahun dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen Sandakan selepas memiliki kulit kayu tangar didalam Hutan Simpan Paitan, Pulau Jambongan.

Ketua Konservator Hutan Sabah, Frederick Kugan berkata tertuduh akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sebaik sahaja selesai menjalani hukuman untuk urusan penghantaran balik ke negara asal.


“Tertuduh ditahan semasa Operasi Bersepadu Khazanah yang melibatkan anggota Jabatan Perhutanan Sabah, Tiger Platoon Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah baru-baru ini.

ANGGOTA PGA menahan ralyat Filipina yang menceroboh hutan simpan. FOTO Ihsan PGA.
“Kita menghargai usaha dan merakamkan terima kasih kepada Komander Briged PGA Sabah atas segala kerjasama dalam membantu Jabatan menangani kecurian kulit tangar dalam Operasi Bersepadu Khazanah,” katanya.

Tambahnya pihaknya juga berharap agar Pos PGA yang terletak di Tundun Bohangin, Kuala Mumiang dan lokasi lain akan terus menyalurkan sokongan kepada kakitangan jabatan yang melaksanakan rondaan di lokasi-m yang padat dengan pokok kayu tangar.


“Saya juga menyeru kepada masyarakat agar sentiasa menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perhutanan dan tidak sekali kali bersekongkol dengan penjenayah hutan.

PENEMPATAN yang dibina. FOTO Ihsan PGA.
“Untuk rekod keluasan bakau sabah adalah kira-kira 300,000 hektar dan satu kawasan yang terbesar di Malaysia.

“Lokasi-lokasi ini terpencil dan berdekatan pantai yang mana isu keselamatan sering menjadi kebimbangan,” katanya.


Beliau juga merakamkan merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai Perhutanan Daerah Kinabatangan dan kakitangan yang bertindak pantas ke lokasi dan menggagalkan misi pencuri kulit tangar.

Katanya prosedur operasi piawai ini diharapkan akan diteruskan dengan memperketatkan kawalan sehingga penjenayah hutan rentas sempadan tidak memounyai ruang untuk melakukan sebarang salah laku serta jenayah curi di hutan bakau.

Paitan: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai menceroboh hutan simpan dan mengambil kulit kayu tangar dalam kejadian di Sungai Sugut, Paitan, Beluran.


Dalam operasi jam 4 petang itu, Pasukan Op Bersepadu Khazanah (OBK) menjalankan operasi itu turut berjaya merampas 4,000 kilogram kulit kayu tangar dianggarkan bernilai RM52,000.

Operasi 'Op Bersepadu Khazanah' itu terdiri dari Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan operasi bersama anggota Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, ketika pemantauan dilakukan, pasukan operasi mengesan lima khemah yang dipercayai menjadi tempat tinggal penceroboh hutan.


Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kawasan berkenaan menjalankan kegiatan menceroboh dan mencuri kulit kayu tangar.

"Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kesalahan hutan mengikut Enakmen Hutan 1968 dan Peraturan-Peelraturan Hutan 1969.

"Semua barang rampasan dan individu yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Katanya, 4 khemah sementara yang diserbu juga dimusnahkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Sabah. Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.