2 lelaki ditahan bersama dadah jenis syabu

Picture
Lelaki yang ditahan dan (Gambar Kecil) Antara syabu yang berjaya dirampas dalam kejadian tersebut.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


TAWAU : Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan dua lelaki bersama dadah jenis syabu di dua lokasi berasingan, di sini Selasa lalu.


Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superitenden Mohd Yacob Murad berkata tangkapan pertama adalah seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun, kira-kira jam 7 pagi.

“Lelaki terbabit ditangkap di perairan Sungai Melayu oleh anggota PGA yang menjalankan rondaan Op Benteng di kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan, anggota PGA menemukan sebuah kotak rokok mengandungi satu paket kecil disyaki berisi dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.42 gram,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Katanya, tangkapan kedua pula dilakukan di kampung Jerega, Wakuba membabitkan seorang lelaki warga asing berumur 25 tahun, kira-kira jam 8 malam.


“Anggota PGA yang bertugas di Pos Indera Sabak mengesan lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan di kampung berkenaan.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, lelaki terbabit telah menyerahkan satu bekas tin gula-gula yang berisi 19 paket plastik lutsinar di syaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.56 gram,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek dan rampasan dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM600 itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tinkan lanjut.


“Kedua-dua supek berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.