599 kes baharu, Ranau catat peningkatan kes cecah 3 angka

Picture
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Ranau penyumbang utama peningkatan kes Covid-19

KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatkan penambahan kes COVID-19 pada skala kecil menjumlahkan 599 kes baharu semalam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata Ranau menjadi penyumbang utama kepada faktor peningkatan kes dan menjadi satu-satunya daerah yang mencatatkan kes baharu tiga angka.

Katanya penambahan mencecah 104 kes baharu itu juga mewakili satu per enam daripada jumlah kes harian seluruh Sabah.

“Statistik juga menunjukkan 10 daerah mencatatkan peningkatan kes dengan dua daripadanya menunjukkan pertambahan yang ketara.

“15 lagi daerah lain bagaimanapun mencatatkan penurunan kes dengan empat daripadanya mencatatkan penurunan yang signifikan,” katanya.


Masidi berkata kes jangkitan yang berlaku secara sporadik atau lebih dikenali kes saringan bergejala kekal tinggi iaitu 218 daripada keseluruhan kes bersamaan 36.4 peratus adalah jangkitan yang berpunca daripada Saringan Bergejala.

Tambahnya 32 daripada 104 kes di Ranau adalah dalam kategori sporadik.

“Jumlah kes yang memerlukan rawatan di hospital kekal rendah walaupun jumlah kes meningkat dan bagi 94.83 peratus kes baharu berada dalam Kategori satu dan dua.

“Empat kes dalam Kategori tiga dan tiga kes dalam Kategori empat dan hanya dua kes dalam Kategori lima manakala 22 kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata walaupun sekatan aktiviti sosial banyak yang dilonggarkan tetapi semua penduduk adalah diingatkan agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuatkuasa.


Tambahnya beliau juga meningatkan agar masyarakat mengelak daripada menganjur atau menghadiri majlis sambutan dan keramaian yang semestinya mengundang risiko jangkitan yang tinggi.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.