Penunggang motosikal maut rempuh kereta MPV

Picture
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Kinabalu - Papar berhadapan sebuah kedai menjual perabot di sini kelmarin.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Penunggang maut motosikal rempuh MPV

Penampang: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta serba guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Kota Kinabalu-Papar berhampiran Gedung Perabot Rustica, Putatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun mengalami kecederaan parah di kaki dan muka disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Picture
Keadaan motosikal mangsa yang rosak akibat kemalangan di Jalan Kota Kinabalu – Papar berhampiran Gedung Perabot Rustica, Putatan. Gambar Ihsan IPD Penampang

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, mengikut siasatan awal, mangsa bergerak dari arah Papar ke pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Bagaimanapun katanya, pemandu kenderaan berkenaan membuat pusingan U dan dipercayai tidak disedari mangsa.

Picture
Kereta yang dirempuh motosikal ditunggang mangsa. Gambar Ihsan IPD Penampang

“Akibat kejadian itu, mangsa terus merempuh kenderaan berkenaan sehingga mengakibatkannya terjatuh di atas jalan.

“Penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan serius manakala pemandu kenderaan berusia 59 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Picture
REMUK: Keadaan motosikal mangsa yang remuk selepas kemalangan.

Mohd Haris berkata, mayat mangsa kini masih ditempatkan di Unit Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

Katanya, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Deasoka

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.