Harga tiket penerbangan Sabah, Sarawak akan kembali normal

Picture
Henry berkata, kerajaan melalui Mavcom akan terus memantau harga tiket penerbangan untuk semua laluan domestik, termasuk laluan antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. - Foto fail Bernama
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Harga tiket penerbangan Sabah, Sarawak akan kembali paras purata

KUALA LUMPUR - Harga tiket penerbangan bagi laluan ke Sabah dan Sarawak dijangka kembali ke paras purata apabila jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa.

Picture
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. - Foto 123rf

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong berkata, kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket penerbangan bagi semua laluan domestik termasuk antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.


"Harga tiket penerbangan yang tinggi ini antara lain kesan daripada pelaksanaan had kapasiti penerbangan oleh kerajaan negeri Sarawak.

Picture
MAS Airlines mula menawarkan tambang penerbangan domestik

"Pelaksanaan had kapasiti ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bagi menangani penularan wabak Covid-19.


"Pada ketika itu, kekerapan penerbangan ke Sarawak berkurangan sebanyak 94 peratus berbanding ketika tempoh sebelum wabak Covid-19.


"Sementara itu, bagi penerbangan di antara Semenanjung dan Sabah, kekerapan penerbangan berkurangan sebanyak 89 peratus berbanding ketika tempoh sebelum wabak itu," katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (GPS- Sibuti) mengenai langkah kerajaan mengurangkan harga tiket penerbangan Sarawak dan Sabah ke Semenanjung yang mahal ketika pandemik ini.

Picture
Serendah RM 12, Promosi Tiket Air Asia Dan MAS Membolehkan Anda Melancong Di Seluruh Malaysia

Mengulas lanjut, Henry berkata, penetapan tambang penerbangan domestik oleh syarikat-syarikat penerbangan negara berdasarkan rasionalisasi sektor perkhidmatan udara domestik pada tahun 2006.


Jelasnya, dalam hal itu, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa syarikat penerbangan negara yang menyediakan perkhidmatan udara domestik diberikan kebebasan menentukan liputan rangkaian atau network coverage, kekerapan penerbangan dan kadar tambang yang ingin ditawarkan berdasarkan permintaan pasaran.

"Harga tiket penerbangan ditentukan menggunakan kaedah dinamik yang antara lain mengambil kira kadar penawaran dan permintaan yang didorong oleh pasaran.

"Syarikat-syarikat penerbangan negara akan menetapkan kadar tambang penerbangannya dengan mengambil kira permintaan pasaran, keadaan ekonomi serta faktor lain seperti harga bahan api dan kos operasi," katanya.

SOURCE: The Borneo Post

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.