PGA temui alat perlombongan emas haram disorok dalam banir balak di Sungai Bole Ulu Segama-Malua

Picture
Peralatan dan kelengkapan ditemui disyaki milik pelombong emas haram. FOTO IHSAN PGA
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


PGA temui alatan Pelombong emas haram disorok dalam banir balak di Sungai Bole Ulu Segama-Malua

Lahad Datu: Pasukan Gerakan Am (PGA) menemukan peralatan dan kelengkapan dipercayai untuk aktiviti melombong emas haram di Sungai Bole Ulu Segama-Malua, di sini, semalam.


Dalam operasi Op Bersepadu Khazanah pada 8 pagi, pelbagai barangan termasuk makanan dan pakaian turut ditemui.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, hasil pemantauan, pasukan operasi menemui semua barangan itu disembunyikan dalam banir pokok balak yang besar.

Katanya, pihaknya percaya barangan berkenaan milik pelombong haram berdasarkan penemuan 'dump' peralatan melombong emas.

Picture
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pelombongharamm21_1633931351.jpg

"Turut ditemui barangan peribadi seperti pakaian dan bahan makanan untuk kegunaan individu yang menjalankan aktiviti melombong emas secara haram.


"Semua peralatan dan kelengkapan itu kemudian dimusnahkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, laporan polis turut dibuat bagi tindakan lanjut daripada agensi berkaitan.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.