JPN Sabah gempur aktiviti pemalsuan kad pengenalan di 3 lokasi di Tawau

Picture
OPERASI: Operasi JPN yang dilakukan di sebuah kilang di daerah ini.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


JPN Sabah gempur 3 lokasi

TAWAU - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah menggempur 3 lokasi berasingan di daerah ini bagi mengesan individu yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan kad pengenalan.

Picture
Pemeriksaan dilakukan oleh pasukan JPN Sabah untuk mengesan jika terdapat individu terlibat dalam aktiviti pemalsuan atau salah guna kad pengenalan diri.

Operasi pada Rabu lalu melibatkan kawasan di Kilometer 8 Jalan Sin San, Kampung Pasir Putih dan Batu 3 Jalan Apas, di sini.

Pegawai Operasi JPN Sabah, Malai Delhaizam Malai Hussin berkata, operasi yang bermula jam 9 pagi itu disertai seramai 20 anggota dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN dibantu 14 anggota polis.

"Hasil operasi, seramai 79 individu diperiksa dan seorang ditahan atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu.

"Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 kerana memiliki kad pengenalan palsu yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Picture
Pasukan JPN Sabah gempur beberapa lokasi di Tawau bagi mengesan individu yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan kad pengenalan diri.

Katanya lagi, objektif utama operasi itu untuk mencegah, membanteras pemalsuan dan penyalahgunaan kad pengenalan diri negara ini.

"Pemeriksaan dilakukan hasil pemerhatian, risikan dan maklumat orang awam," katanya.

Sebelum itu, Malai Delhaizam memaklumkan bahawa operasi berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan berlaku.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم