Lelaki Bunuh abang ipar Dihukum Gantung sampai mati

suasana perkarangan Mahkamah Tawau bertukar kecoh selepas ibu tertuduh mengejar sambil merayu kepada anggota polis untuk menemui anaknya selepas hukuman dijatuhkan

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Lelaki dijatuhi hukuman mati selepas bersalah membunuh ipar

TAWAU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh iparnya 4 tahun lalu, di Mahkamah Tinggi Tawau, di sini.

Picture
Aldin Tawasil dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh iparnya oleh Mahkamah Tinggi Tawau.

Aldin Tawasil, 26, didakwa menyebabkan kematian Ronston Tunai, 29, di sebuah rumah Kampung Sabah Baru, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, pada jam 3 petang, 16 Jun 2017.


Hakim Dr Alwi Abdul Wahab berkata, Aldin dalam hujahnya mendakwa, dia diserang oleh si mati menggunakan pisau terlebih dahulu, selepas rahsianya merogol adik tertuduh terbongkar.

Bagaimanapun sebaliknya, Ronston pula ditemui mati dengan 13 kesan tikaman di leher, dada dan lengan, manakala tertuduh sama sekali tidak mengalami sebarang kecederaan.

Picture
16 Jun 2017, Seorang lelaki penganggur berusia 22 tahun ketika itu dipercayai telah menikam abang iparnya hingga mati di sebuah rumah yang tidak bernombor di Kampung Sabah Baru pada hari Jumaat. Ronston Tunai, 29, meninggal dunia akibat cedera di hospital. Terdapat 7 luka tikaman, 1 di lehernya, 4 di dadanya dan 2 di punggungnya.

Selain itu, mahkamah turut mengambil kira saksi mata iaitu ahli keluarga tertuduh yang kebetulan berada di rumah ketika kejadian, bahawa mereka mendengar jeritan mangsa dan bunyi pergelutan dari ruang tamu.

Saksi juga melihat tertuduh berada di atas si mati dan bertindak menikamnya beberapa kali.


Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan berjaya melarikan diri ke luar rumah dan terjatuh, sebelum dia ditikam.

“Tindakan itu menunjukkan tertuduh memang berniat membunuh mangsa dan pihak pembela juga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan,” katanya.

Sehubungan itu jelas Dr Alwi, tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung mandatori.

Picture
PASRAH: Tertutuh dilihat pasrah selepas prosiding mahkamah dijalankan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran manakala tertuduh diwakili peguam lantikan mahkamah, Liew Hon Min.

Perbicaraan tersebut membabitkan 14 saksi di pihak pendakwa manakala tertuduh menjadi saksi tunggal bagi pihak pembela.

Difahamkan tertuduh bertindak menemui si mati selepas mengetahui mangsa telah merogol adiknya.

Mangsa dikatakan cuba menyerang tertuduh dengan pisau sebelum berlaku pergelutan.


Tertuduh berjaya merampas pisau tersebut dan menikam mangsa beberapa kali, menyebabkan dia meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Sementara itu, suasana perkarangan Mahkamah Tawau bertukar kecoh selepas ibu tertuduh mengejar sambil merayu kepada anggota polis untuk menemui anaknya selepas hukuman dijatuhkan.

Bagaimanapun, wanita itu tidak dibenarkan berbuat demikian bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19 dan berjaya ditenangkan ahli keluarga yang lain. – Getaran, 15 Oktober 2021

SOURCE: getaran

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.