Warisan mahu kerusi Sindumin dikosongkan selepas Yusof Yacob keluar parti

Picture
ADUN Sindumin, Yusof Yacob meninggalkan Warisan untuk menyokong GRS pada minggu lalu.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Speaker Sabah akan memutuskan desakan Warisan untuk kekosongan kerusi Sindumin setelah wakilnya membatalkan surat peletakan jawatan yang telah ditandatangani

KOTA KINABALU: Warisan menghantar surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Yusof Yacob yang ditandatangani sebelum ini kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan harapan kerusi itu dikosongkan.


Yusof yang juga bekas Ketua Penerangan Warisan, keluar daripada parti itu minggu lalu.


Parti terbabit pernah menggunakan pendekatan sama untuk mendesak ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir mengosongkan kerusinya, selepas beliau meninggalkan Warisan untuk menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Februari lalu.

Bagaimanapun, tindakan parti itu ditolak Speaker DUN, Kadzim M Yahya.

Picture
Dr Yusof (duduk, dua kanan) bersama pemimpin Warisan lain yang juga telah berhenti.

Sebelum ini, Warisan berkata, Hassan sudah berikrar, termasuk mengosongkan kerusinya jika beliau melompat parti dan menandatangani dokumen taat setia kepada Warisan di hadapan peguam parti itu sebelum pilihan raya negeri (PRN) Sabah berlangsung September tahun lalu.


Difahamkan, peguam Warisan turut menghantar surat sama, kali ini dikatakan ditandatangani Yusof, kepada pejabat Kadzim awal hari ini.

Kadzim ketika dihubungi mengesahkan pejabatnya menerima surat itu, namun beliau turut menerima afidavit bersumpah daripada Yusof, yang meninggalkan Warisan untuk menjadi wakil rakyat bebas menyokong GRS pada 8 Okt lalu.

Afidavit berkenaan bertujuan menarik baik semua sumpah atau janji yang ditandatangani dengan Warisan dahulu, sebelum PRN Sabah diadakan.

“Beri saya sedikit masa untuk meneliti surat itu bersama timbalan saya dan Setiausaha DUN, sebelum saya membuat keputusan berhubung perkara terbabit.”

Selain surat peletakan jawatan yang ditandatangani dahulu, Warisan turut merakam video semua calonnya untuk PRN melafazkan ikrar taat setia kepada parti dan berjanji akan meletak jawatan, sekiranya mereka menyokong parti politik lain.


Warisan sejak itu memfailkan saman sivil terhadap Hassan dalam usaha memaksa beliau mengosongkan kerusinya. Kes itu masih berjalan di mahkamah.

Kadzim dilaporkan berkata, penolakan surat yang ditandatangani dahulu antara Hassan dan Warisan “tidak efektif” mengikut undang-undang dan Hassan kekal sebagai ADUN Sebatik.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.