KOTA KINABALU: Seorang lelaki tersepit akibat kemalangan yang berlaku di Jalan 7 KKIP Timur berjaya dikeluarkan.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.05 tengahari mengenai kejadian itu.
Setibanya di lokasi kejadian, pihak JBPM mendapati sebuah kenderaan dan lori tangki membawa baja terlibat dalam kemalangan.
Seorang mangsa lelaki yang tersepit berjaya dikeluarkan pasukan Bomba dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke Hospital Tuaran.
Maklumat mangsa tidak dapat diperolehi, setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 12.45 tengahari
SOURCE: Utusan Borneo
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق