Lelaki meninggal dunia selepas kayuh basikal

Picture
MAUT: Pegawai perubatan mengesahkan lelaki berkenaan mati di tempat kejadian.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Berbasikal

TAWAU: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia selepas dipercayai keluar beriadah menggunakan basikal di kawasan pondok perhentian bas Jalan Utara Hill Top Tawau, di sini semalam.


Mayat lelaki berumur 58 tahun itu ditemui kira-kira jam 4.25 petang oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Picture
Siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit jantung sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.30 petang.

Picture
MAUT: Pegawai perubatan mengesahkan lelaki berkenaan mati di tempat kejadian.

“Sebaik laporan diterima, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri itu.

“Bagaimanapun, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.


Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan keluar beriadah menggunakan basikal kira-kira jam 3.30 petang.

“Difahamkan lelaki itu kerap melakukan aktiviti mengayuh basikal bersendirian daripada rumahnya di kampung Tanjung Batu ke Taman Univilla untuk beriadah.

“Siasatan juga mendapati mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit jantung sebelum ini,” katanya.

Peter berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kementerian Kesihatan dan Forensik Hospital Tawau untuk mengesan punca kematian.

“Bedah siasat akan dijalankan setelah keputusan ujian saringan COVID-19 diperolehi bagi mengetahui punca kematian mangsa.


“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan awal tiada unsur jenayah,” katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.