Nimbalai – Dunia Yang Hilang

AIR jernih mengalir melalui “The Lost World of Nimbalai”.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Perkampungan lama “The Lost World of Nimbalai” berpotensi jadi lokasi pelancongan unik

RANAU: Tapak sebuah kampung tinggal di Ranau, Kg Nimbalai, berpotensi untuk diangkat sebagai satu lagi destinasi pelancongan di daerah ini kerana mempunyai pemandangan serta persekitaran yang indah.

Melawat tapak kampung yang sudah lama ditinggalkan itu baru-baru ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, berkata kawasan yang terletak lebih 80 kilometer dari pekan Ranau yang terletak berhampiran sempadan Ranau dan Keningau itu, boleh diperkenalkan sebagai satu lagi destinasi menarik di daerah tersebut.


Sebahagian panorama sungai yang belum tercemar berhampiran Kampung Nimbalai di sini.

Picture
INDAH: Sebahagian panorama sungai yang belum tercemar berhampiran Kampung Nimbalai di sini.

Kawasan perkampungan lama Kampung Nimbalai yang sudah lama ditinggalkan berpotensi dijadikan lokasi pelancongan unik di daerah ini.


Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin berkata perkara itu disebabkan kawasan yang masih tercatat dalam peta daerah Ranau dan menyifatkan kawasan perkampungan lama itu sebagai 'The Lost World Of Nimbalai' menjadi menjadi lubuk habitat pelbagai spesis haiwan seperti payau.

Picture
Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin

Katanya lokasi yang dianggarkan seluas seribu ekar itu bagaimanapun perlu dijadikan kawasan larangan memburu binatang dan tempat mengambil kayu-kayan bagi menjaga spesis haiwan daripada pupus akibat pemburu haram.

“Saya sarankan Jabatan Perhutanan agar dapat membantu memastikan kawasan ini dipulihara sebaiknya sebagai kawasan habitat Payau bagi membolehkan hidupan ini dan binatang lain berkembang-biak serta tidak pupus untuk generasi akan datang.

Picture
INDAH: Sebahagian panorama sungai yang belum tercemar berhampiran Kampung Nimbalai di sini.

“Kita juga bersetuju dan menyokong penuh agar kawasan tersebut dijadikan lokasi pelancongan baharu memandangkan kawasan itu mempunyai daya tarikan yang menarik.


“Tarikan ini termasuklah dua kawasan gua sarang burung dan formasi belahan batu sungai di kedua-dua bahagian kawasan tinggi dengan laluan air sempit serta air terjun menjadikan ia lebih menarik dan sesuai dijadikan lokasi riadah," katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.