Polis, SESB potong bekalan elektrik 14 premis judi haram di Labuan

Picture
Ketua Polis Labuan, Ahmad Jawila berkata, kerjasama dengan SESB itu sebahagian daripada operasi berterusan polis untuk membanteras kegiatan perjudian haram di seluruh Labuan. (Gambar Bernama)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


14 premis judi haram dipotong bekalan elektrik

LABUAN: Polis Labuan dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memotong bekalan elektrik 14 premis di sekitar pulau ini kerana didapati menjalankan aktiviti perjudian haram.


Daripada jumlah itu, Ketua Polis Labuan, Ahmad Jawila berkata, lima premis terletak di pusat bandar dan selebihnya di pinggir bandar.


Beliau berkata, kerjasama dengan SESB sebahagian daripada operasi berterusan polis untuk membanteras kegiatan perjudian haram di seluruh pulau bebas cukai itu.


“Kerjasama kami dengan SESB akan berterusan dan kami tidak akan teragak-agak memotong bekalan elektrik di mana-mana premis (dengan segera) yang digunakan untuk aktiviti perjudian haram.


“Dengan langkah SESB ini, kami optimis aktiviti haram itu dapat dilumpuhkan,” katanya kepada Bernama di sini.


Katanya, pemotongan bekalan elektrik oleh SESB dilakukan mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Beliau meminta orang ramai tampil memberikan maklumat mengenai sebarang aktiviti perjudian haram di kawasan mereka.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.