Rentas negeri di Sabah? Tunggu keputusan kerajaan negeri pada Rabu depan - Masidi

Picture
Masidi berkata, jawatankuasa pengurusan juga akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat kabinet negeri pada Rabu depan. - Foto Bernama
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Sabah akan mengemukakan cadangan mempertimbangkan keputusan Kerajaan Pusat berhubung kebenaran rentas negeri di seluruh negara.

Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jawatankuasa pengurusan juga akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat kabinet negeri pada Rabu depan.


Tegasnya, Sabah masih berada dalam kawalan pergerakan perjalanan mengikut zon (sistem zon) dan kawalan rentas daerah di luar kawasan zon masih berkuat kuasa.

"Kita mengambil kira peratusan penduduk dewasa di Sabah yang telah memperolehi vaksin lengkap belum mencapai kadar 90 peratus.

Sehubungan itu, pendidikan Kerajaan Sabah akan diumumkan pada Rabu selepas mesyuarat Kabinet negeri," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Baru-baru ini, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah memaklumkan, pergerakan rentas negeri mungkin tidak dibenarkan di Sabah dalam tempoh terdekat susulan kadar vaksinasi yang masih rendah.


Katanya, kebenaran rentas negeri akan dipertimbangkan sebaik sahaja kadar vaksinasi populasi dewasa di Sabah mencapai tahap yang munasabah.

Setakat 8 Oktober 2021, 2,071,398 atau 75.1 peratus penduduk dewasa di Sabah sudah menerima satu dos vaksin manakala 1,895,734 individu atau 68.7 peratus lengkap vaksinasi.

Pada Ahad, kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri berkuat kuasa pada 11 Oktober selepas hampir sembilan bulan larangan aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19.


Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.

Perdana Menteri berkata, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad.

SOURCE: Awani

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.