Untuk hari ke-3 berturut-turut, tiada lokaliti baharu PKPD di Sabah

Picture
KAWASAN Kampung Bambangan amat dikenali dalam kalangan pelancong tempatan. – Foto media sosial
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Tiada lokaliti kena PKPD, satu kampung di Sabah ditamatkan

PUTRAJAYA: Untuk hari ketiga berturut-turut, tiada lokaliti baharu bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk tempoh 14 hari akan datang.

Malah, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad turut mengesahkan menerusi kenyataan hari ini bahawa tiada lokaliti dilanjutkan PKPD, sebaliknya, hanya satu lokaliti di Sabah ditamatkan esok seperti dijadualkan iaitu di Kampung Bambangan, Daerah Telupid, Bahagian Sandakan.


Perkampungan tradisional masyarakat suku Bajau dan Suluk di Jalan Seguntor itu yang hanya mempunyai kurang 100 buah keluarga, telah dikenakan PKPD pada 27 September lalu.

Sebahagian besar penduduk di lokaliti tersebut bekerja sebagai nelayan dan ada kalangan mereka yang mengusahakan pusat rekreasi untuk aktiviti pelancongan di Jeti Lagenda.

Lokaliti berkenaan terletak di muara sungai dalam Mukim Seguntor dan ketika ini seluruh daerah tersebut merekodkan sejumlah kumulatif 1,612 kes wabak Covid-19 setakat hari ini. -UTUSAN ONLINE

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.