SPRM nafi serbu rumah pengerusi GLC Sabah

Picture
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KOTA KINABALU - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menafikan bahawa agensi terbabit membuat serbuan terhadap seorang pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah.


Beliau berkata, tiada serbuan dibuat oleh pihak SPRM berhubung perkara itu.

"Tiada serbuan dibuat, tak benar cerita itu," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.


Beliau berkata demikian ketika diminta pengesahan berhubung tular dakwaan sebuah portal bahawa seorang pengerusi GLC di negeri ini diserbu oleh pihak SPRM dan lebih RM80 juta dibekukan dalam akaun peribadinya.

Portal itu mendakwa kediaman pengerusi GLC berkenaan diserbu kerana dipercayai terbabit dalam salah guna kuasa dan kedudukan membabitkan dana bernilai lebih RM80 juta.


Portal itu turut mendakwa menurut sumber pengerusi yang berusia 40-an itu turut dipanggil ke Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung kekayaan luar biasa dan pembekuan akaun lebih RM80 juta dalam akaun peribadinya.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.