Selesaikan secara baik mengikut prosedur
Kota Kinabalu: Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Rose Nani Mudin, membuat laporan polis berhubung satu video tular yang beliau percaya boleh menyebabkan bahaya kepada dirinya atau kakitangannya.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Rose Nani Mudin
Ia susulan satu kemalangan yang melibatkan dirinya, namun pemandu seorang lagi, seorang wanita, dilaporkan mengganggunya. Beliau berharap perkara itu akan dapat diselesaikan mengikut prosedur sedia ada.
“Kemalangan yang berlaku adalah diluar jangkaan mana-mana pihak, saya berharap perkara ini diselesaikan dengan sebaik-baiknya mengikut prosedur sedia ada.”
Demikian tegas Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan susulan penularan video daripada seorang wanita bernama Shima AllesyaHasim di laman sosial facebook.
Rose Nani berkata, kemalangan berlaku pada jam 9.55 malam pada 27 September lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Mat Salleh, di sini.
Katanya, beliau dan seorang pemilik kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan kemudiannya pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis bagi pengurusan insurans kenderaan masing-masing.
“Bagaimanapun, pada keesokan harinya, penumpang kenderaan berkenaan yang dikenali sebagai Puan Shima menghubungi staf JKNS untuk beberapa tuntutan.
“Kami merujuk perkara berkenaan kepada pihak insurans dan dinasihatkan supaya Puan Shima menghubungi syarikat insuransnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Bagaimanapun Rose Nani berkata, pada 4 Oktober lalu, Puan Shima datang ke pejabatnya pada jam 2 petang namun ketika itu beliau sedang bermesyuarat.
Katanya, salah seorang staf beliau kemudiannya sekali lagi meminta Puan Shima untuk menghubungi pihak insurans untuk sebarang tuntutan.
“Puan Shima mendesak untuk bertemu saya dan bertindak agresif. Pihak polis kemudiannya dihubungi bagi mengelakkan kekecohan berlaku di pejabat saya.
“Saya juga membuat laporan polis demi keselamatan diri dan staf kerana bimbang terjadi perkara buruk di kemudian hari,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi berkata, siasatan berhubung kejadian kemalangan berkenaan sudah selesai.
Katanya, siasatan mendapati kemalangan disebabkan oleh Datuk Rose Nani dan saman sudah dikeluarkan terhadapnya.
“Saman dikeluarkan mengikut Peraturan 3, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan isu tuntutan diserahkan kepada syarikat insurans masing-masing,” katanya.
Sebuah video tular di facebook sejak semalam memaparkan seorang wanita menyuarakan ketidakpuasan hati dengan layanan yang diberikan pengarah kesihatan negeri Sabah terhadap dirinya.
Dalam rakaman berkenaan, pemilik akaun yang dikenali sebagai Shima mendakwa Rose Nani bukan saja tidak menemuinya malah pihak JKNS memanggil polis yang hadir turut menengking dan mengugutnya.
-Deasoka
SOURCE: Deasoka
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق