Zydee dah dibenar balik rumah, ingatan semakin pulih
SATU keajaiban! Itu kata anggota One Nation Emcees, Kozae Murtaza apabila sahabat seperjuangannya, Zydee Idris, 40, yang sebelum ini kritikal akibat diserang strok dibenarkan pulang ke rumah, Rabu lepas.Anggota kumpulan One Nation Emcees, Zydee Idris, 40, kini sudah dibenarkan pulang ke rumah sejak semalam selepas dirawat di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah sejak Jumaat lalu akibat serangan strok.
Rakannya yang juga anggota kumpulan itu, Kozae Murtaza berkata ingatannya juga semakin pulih walaupun badannya masih lagi lemah.
Zydee Idris (tengah) dari One Nation Emcees dilaporkan sudah sedar tetapi daya ingatannya masih kurang baik. (Gambar: Instagram/onenationemceesofficial)
"Alhamdulillah, Zydee sudah dibenarkan pulang ke rumah petang semalam. Saya bersama seorang sahabat kami menjemputnya dari hospital.
"Cumanya, badan sebelah kanannya belum cukup kuat lagi. Jadi, untuk masuk ke dalam kereta pun, kami perlu bantu sebab tak mahu dia terjatuh.
"Dari segi ingatan, dia sudah mula ingat banyak benda. Jadi, ketika tiba di rumahnya, kami berbual serta bercerita banyak perkara dan dia dah boleh ketawa," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Kozae, Zydee juga perlu menjalani rawatan fisioterapi.
"Setakat ini, hospital belum ada kekosongan. Jadi, keluarga Zydee perlu mencari alternatif lain contohnya urutan kampung buat sementara waktu. Insya-Allah, bulan depan, dia boleh mulakan fisioterapi.
Anggota One Nation Emcees, Zydee Idris, 40, yang sebelum ini kritikal akibat diserang angin ahmar kini sudah boleh bercakap dan menghubungi ibunya.
"Kalau berapa lama dia perlu menjalani fisioterapi, saya pun tak pasti. Tapi, yang pasti akan ada beberapa sesi yang perlu dihadiri," katanya.
Kozae juga mengucapkan terima kasih di atas doa-doa yang dikirimkan buat sahabatnya itu.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Kami hampir kehilangan seorang sahabat, tapi kerana doa dan keajaiban kuasa Allah, dia semakin pulih.
"Syukur sangat-sangat kerana dia antara sahabat kami yang memulakan One Nation Emcees sejak ia ditubuhkan," katanya.
Jumaat lalu, Zydee ditahan di hospital selepas mengadu sakit kepala yang teruk sebelum diserang strok.
SOURCE: Daily Ekspress
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق