Pasangan suami isteri cedera terlanggar tandan sawit merempuh lori treler

Picture
Pasukan bomba melakukan pemeriksaan di lokasi kemalangan.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Suami isteri cedera terlanggar tandan sawit dan lori

Kinabatangan: Suami isteri cedera selepas kereta dinaiki terlanggar tandan sawit sebelum terbabas dan merempuh sebuah lori dalam kejadian di Simpang Segaliud Seberang, di sini, petang isnin.

Picture
Dalam kejadian jam 6 petang itu, kenderaan Proton Saga kedua-dua mangsa remuk akibat merempuh lori 10 tan yang membawa muatan minyak sawit.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.15 petang.

Picture
REMUK: Kenderaan mangsa remuk di bahagian hadapan akibat kemalangan tersebut.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dikerah ke lokasi kejadian.



“Terdapat dua mangsa di dakam Proton Saga dilaporkan cedera dan dihantar ke Hospital Kinabatangan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Manakala pemandu lori dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian membuat pemeriksaan di kawasan kemalangan untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain.


Difahamkan kejadian ini hanya 100 meter dari lokasi kejadian kemalangan jam 6 pagi tadi membabitkan dua maut manakala tiga lagi parah.

-Deasoka

SOURCE: utusanborneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم