RANAU: Sebuah blok bangunan yang menempatkan tujuh lot kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Perancangan di sini kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.50 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan.
PADAM: Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman di lokasi kejadian.
“Pasukan BBP Ranau menerima panggilan kecemasan jam 7.59 malam dan 10 pegawai serta anggota bersama Pasukan Bomba Bantuan digegaskan ke lokasi terletak 23 kilometer dari jarak balai.
“Sebaik tiba, pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba dan pam angkut iaitu sumber air terbuka dari sungai berhampiran” katanya.
Menurutnya kebakaran berjaya dikawal jam 9.33 malam dan kejadian memusnahkan sebuah blok bangunan tujuh kedai jenis separuh kekal seluas 70X10 kaki persegi.
“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dalam kejadian ini dan selepas pasukan bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi keseluruhan ditamatkan jam 10.06 malam,” katanya.
SOURCE: utusanborneo
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق