101 pelajar SMK Sandakan positif Covid-19

Picture
Penyelaras Pusat Kuarantin PPR Batu Putih, Kepten Abdullah Sabaruddin berkata, mereka terdiri daripada 61 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan yang dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) itu sejak Selasa.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


101 pelajar dikuarantin di Sandakan



Picture
KUARANTIN: Pusat Kuarantin yang menempatkan 101 pelajar kontak rapat COVID-19

KOTA KINABALU: Seramai 101 pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan yang dijangkiti Covid-19 dimasukkan ke pusat kuarantin Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Putih.

Picture
ABDULLAH SABARUDDIN

Penyelaras Pusat Kuarantin PPR Batu Putih, Kepten Abdullah Sabaruddin berkata, mereka terdiri daripada 61 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan yang dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) itu sejak Selasa.

Picture
40 pelajar perempuan yang dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) itu sejak Selasa.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan itu berkata, PKRC itu sentiasa bersedia menerima kemasukan pesakit dan kontak rapat Covid-19 dengan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.


Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, satu kluster baharu dilaporkan di Sandakan hari ini iaitu kluster Jalan Pertukangan yang membabitkan pelajar asrama SMK Sandakan.

Picture
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun. Foto fail NSTP

“Kes indeks bagi kluster ini adalah pelajar berusia 16 tahun yang mula bergejala pada 16 Januari. Selepas menjalani ujian pengesanan Covid-19, dia disahkan positif pada hari yang sama.

“Saringan bagi mengesan kontak rapat telah dijalankan dan sehingga kini 72 orang dikesan positif.


“Walau bagaimanapun, kesemua pesakit adalah dalam kategori satu dan dua sahaja dan telah diberikan rawatan yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Masidi berkata, kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini meningkat kepada 242 kes berbanding 201 kes semalam.


Kluster baharu yang dilaporkan hari ini adalah kluster ketiga yang membabitkan pelajar asrama sekolah setelah dua kluster direkodkan masing-masing di SMK Tambunan dan SMK Ranau.

Sehingga kini, 35 pelajar asrama SMK Tambunan dilaporkan positif dan semalam tujuh pelajar SMK Ranau dikesan positif. – UTUSAN ONLINE

SOURCE: utusan.com.my

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.