Remaja Cedera Tangan Tersepit Di Mesin Pengisar
LAHAD DATU: Seorang remaja perempuan terpaksa menanggung azab kesakitan selepas jari tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar ikan di sebuah restoran di Perdana Square, di sini, hari ini.
Foto Ihsan BOMBA
Dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa berusia 17 tahun dikatakan sedang melakukan kerja-kerja mengisar ikan untuk dijadikan tauhu ikan.
Bagaimanapun, mangsa dipercaya terleka apabila secara tiba-tiba tangan kanannya tertarik masuk ke dalam mesin berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.17 petang.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, jari mangsa didapati masih tersepit di dalam mesin pengisar ikan berkenaan.
Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.46 petang.
SOURCE: sabahpost
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق