Covid-19: Hampir 13% kes baharu Sabah adalah kanak-kanak di bawah 11 tahun

Sebanyak 505 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 209 kes lagi membabitkan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sabah rekod 3,971 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan jumlah jangkitan baharu di bawah paras 4,000 hari ini dengan jumlah sebanyak 3,971 kes.

Picture
MASIDI. FOTO Arkib NSTP

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan melibatkan penurunan sebanyak 435 kes berbanding semalam.


Katanya, sebanyak 13 daerah merekodkan kes baharu tiga angka dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi berjumlah 735 kes, diikuti Penampang 516 kes, Tuaran 410 kes, Tawau 338 kes, Papar 320 kes, Sandakan 198 kes, Keningau 155 kes, Kota Belud 154 kes, Beaufort 153 kes, Putatan 150 kes, Kota Marudu 135 kes, Lahad Datu 129 kes, dan Ranau 105 kes.


Menurutnya, sebanyak 12 daerah lain merekodkan kes dua angka sementara Kudat mencatat sembilan kes dan Kalabakan tujuh kes.

"Sebanyak 15 daerah mencatatkan penurunan jumlah kes harian termasuk beberapa daerah yang merekodkan penurunan banyak seperti Kota Kinabalu, Papar, Nabawan, Ranau, Keningau dan Tambunan.


"Bagaimanapun peratusan jangkitan sporadik (kes bergejala) direkodkan amat tinggi iaitu 67.4 peratus. Ini juga petanda bahawa kes-kes baharu boleh bertambah secara mendadak pada bila-bila masa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sejumlah 99.1 peratus atau 3,935 daripada 3,971 kes adalah dalam kategori satu dan dua, 12 kes kategori tiga, 17 kes kategori empat dan tujuh kes dalam kategori lima.

Setakat ini jelasnya, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) Sabah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 32,047 kanak-kanak daripada 411,400 yang layak untuk divaksin.



Menurutnya, sebanyak 505 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 209 kes lagi membabitkan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.