Sumandak bakal kibarkan bendera Sabah di puncak Everest

Pelari ultra jejak Adelinah Lintanga (kiri) dan kakaknya Jassica ketika kedua-duanya mewakili Malaysia untuk Marathon Ultra Penguin Diraja 2017 di Nepal. - Gambar ihsan Jassica Lintanga.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sumandak lasak mahu tawan puncak Everest

KOTA KINABALU: Impian seorang wanita Adelinah Lintanga yang disimpan sejak lima tahun lalu untuk menawan puncak Gunung Everest akhirnya bakal tercapai.

Picture
Pelari ultra lasak Sabah, Adelinah Lintanga berharap dapat mengatasi ketakutannya terhadap ketinggian ketika dia bersiap untuk mendaki Gunung Everest pada April.

Menerusi Program Keluarga Malaysia Ekspedisi Everest 2022, Adelinah,37, akan merealisasikan impian untuk mendaki puncak Gunung Everest pada bulan Mei ini.

Picture
JEFFREY Kitingan (duduk-tengah) bersama Adelinah Litanga (duduk-kanan) menandatangani dokumen perasmian dan penyertaan Ekspedisi Everest di Kota Kinabalu hari ini.

Pelari maraton itu berkata, kali pertama beliau menjejakkan kaki di Nepal pada 2017 bagi menyertai Royal Penguin Ultra Marathon sejauh 60 kilometer yang diadakan di kaki Gunung Everest.

Picture
ADELINAH LINTANGA @ Narna dari Kota Belud terpilih sebagai satu-satunya wakil Sabah dan akan menjadi rakyat Sabah yang pertama yang mencapai puncak Everest

“Pada masa itu, saya sudah menyimpan impian untuk datang semula ke Nepal bagi mendaki Gunung Everest.


“Tidak sangka, permohonan saya menyertai Ekspedisi Everest kali ini membolehkan saya merealisasikan impian menawan puncak Everest. Saya menghantar resume menyertai program ini pada Januari lalu dan saya amat teruja kerana terpilih sebagai satu-satunya wakil Sabah,” katanya semasa sidang akhbar hari ini.

Picture
Jeffrey (tengah) bersama pasukan (dari kanan) Yow, Adelinah, Ravichandran dan Elanghovan (kiri)

Ibu kepada seorang anak itu berkata, persediaan dari segi fizikal sudah mencukupi namun, beliau masih perlu menguatkan mental kerana pendakian ini memberi cabaran yang berbeza berbanding larian marathon.

Picture
Adelinah (kiri) dan Jassica (kanan). FOTO ihsan Jassica Lintanga .

Faktor cuaca yang sejuk dan ketinggian akan memberi cabaran yang hebat kepadanya namun, beliau bersedia mengharungi cabaran itu bagi memastikan kibaran bendera Sabah di puncak Everest dapat dilakukan.

Adelinah berkata, beliau akan menjalani latihan pendakian di Gunung Kinabalu serta dua gunung di Nepal sebelum meneruskan ekspedisi menawan Gunung Everest.

Picture
Bertekad: Adelinah dan Ravinchandran telah berlatih bersungguh-sungguh untuk ekspedisi ke Gunung Everest. — Bernama

Pelari yang berasal daripada Kota Belud itu berkata, beliau akan berasa bangga sekiranya menjelang hujung Mei nanti, bendera Sabah boleh dikibarkan di puncak gunung tertinggi di dunia berkenaan.

Picture
Pelari ultra jejak Adelinah Lintanga (kiri) dan kakaknya Jassica. - Gambar ihsan Jassica Lintanga.

Sementara itu, pendaki negara, Ravichandran a/l Tharumalingam berkata, menerusi program ini, mereka akan bergerak dalam kumpulan yang disertai lima pendaki termasuk dua pendaki wanita daripada Sabah dan Sarawak serta lima sherpa atau malim gunung.

“Kita sudah mengkaji risiko yang akan dihadapi dan akan cuba mengurangkan risiko tersebut namun, ia bergantung kepada keadaan cuaca. Pendakian ini akan mengambil masa perjalanan selama 60 hari.



“Memandangkan kos bagi setiap pendaki kira-kira RM168,000 (USD 40,000) maka, kami akan cuba mengumpul dana dan berharap mendapat sokongan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, beliau akan membawa perkara itu ke dalam Kabinet Negeri untuk melihat bantuan yang boleh diberikan bagi menyokong penganjuran program tersebut.

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.