Lebih 50 rumah atas air di kg Landung Ayang Kudat terbakar

Kebakaran rumah atas air di Kampung Landung Ayang di Kudat hari ini. Foto Sharif RL

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kudat: Dianggarkan lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Picture
Bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan usaha memadamkan api kebakaran sedang giat dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Picture
Kira-kira 179 rumah di perkampungan air di Kampung Landung Ayang Laut di Kudat musnah dalam kebakaran pada Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.26 petang.

Picture
Menurutnya, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama dua jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.


"Operasi memadam kebakaran dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dan dibantu pasukan BBP Kota Marudu.

"Sehingga jam 7 malam, usaha memadamkan api kebakaran sedang giat dijalankan dan api masih belum dapat dikawal ," katanya.

Menurutnya, operasi memadam itu juga turut dijalankan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

SOURCE: HM

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.