Nikmati Pemandangan Sunrise, Anda Perlu Kunjungi Maragang Hill Di Kundasang

PEMANDANGAN pada waktu siang di Bukit Maragang. FOTO: Ihsan Norhafiza Abdul Hamid

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Nak cari tempat baru untuk menikmati pemandangan sunrise?

Sabah mempunyai banyak lokasi cantik yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan Maragang Hill adalah salah satu daripadanya. Terletak di Kundasang, ia merupakan antara bukit tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2232 meter!


Dibina oleh komuniti Kampung Mesilou, bukit ini dibuka kepada orang ramai pada 2017 dan menjadi salah satu tarikan paling popular untuk bersiar-siar. Jika anda berada di Kundasang pada masa akan datang dan sedang mencari lokasi bersiar-siar, anda harus cuba pergi ke Maragang Hill!

Picture
MATAHARI terbit di puncak Bukit Maragang. FOTO: Ihsan Norhafiza Abdul Hamid

Buat tempahan dahulu sebelum mendaki bukit ini

Untuk naik ke bukit ini, ia adalah lebih baik untuk membuat tempahan kerana difahamkan, tempat ini sering dibanjiri pengunjung!

Picture
Maragang Hill View Kredit foto: Sepaktunggul

Seperi kebanyakan tempat pelancongan, anda akan dikenakan yuran sebelum anda dibenarkan mendaki bukit ini. Untuk pengetahuan anda, yuran pendakian Maragang Hill akan mempunyai kadar baru mulai 1 Mac 2022.

Yuran masuk adalah RM15 seorang bagi dewasa manakala yuran masuk untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun adalah RM10. Bagi pemegang passport atau pelancong asing pula, yuran RM20 akan dicaj manakala kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah adalah RM15 seorang.


Tempahan boleh dibuat menerusi laman rasmi Maragang Hill dan deposit RM50 akan diperlukan. Pihak pengurusan Maragang Hill juga menyediakan perkhidmatan guide dan transportasi.

Berikut adalah senarai harga untuk perkhidmatan ini:

Pendakian siang hari – RM70

Pendakian sunrise dan pendakian siang hari loop trail – RM100

Pendakian sunrise loop trail – RM120

Perkhidmatan transportasi siang hari – RM30

Perkhidmatan transportasi sunrise, pendakian siang hari loop trail, perkhemahan – RM40

Perkhidmatan transportasi sunrise loop trail – RM50

Nikmati pemandangan indah di atas Maragang Hill

Tarikan utama bukit ini ialah pemandangan yang cantik. Anda akan diberi ganjaran pemandangan yang menakjubkan bagi usaha mendaki anda sebaik sahaja anda sampai ke puncak!



Anda boleh lihat gambar berikut. Memang mantap!

Picture
Kredit foto: Min Nik via Facebook



Picture
Kredit foro: Onong Nurliyana via Facebook



Picture
Kredit foto: Heriyati Aming via Facebook



Picture
Kredit foto: sabahtourism.com



Picture
Sini siap boleh star gazing lagi gais! FOTO: Ihsan Norhafiza Abdul Hamid

Wah… betul-betul cantik tempat ni! Lain kali nak juga cuba mendaki bukit ni!

SOURCE: iloveborneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.