Warisan tidak akan bersendirian hadapi PRN Sabah - Mohd Shafie

Shafie berkata, Warisan sedang membuat penilaian teliti bagi memastikan rakan parti yang bakal dipilih mampu membawa perjuangan. - Foto fail

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



PRN Sabah: Warisan mungkin bekerjasama dengan UMNO

PUTATAN: Parti Warisan (Warisan) tidak akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang secara bersendirian dan kini sedang menilai parti yang sesuai bagi membentuk kerjasama yang kukuh, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata Warisan sedang membuat penilaian teliti bagi memastikan rakan parti yang bakal dipilih mampu membawa perjuangan sama antaranya untuk rakyat Sabah dan kerjasama itu mampu bertahan untuk suatu tempoh yang panjang.

"Memang ada kenal pasti beberapa parti antaranya UMNO di peringkat negeri Sabah tetapi kita belum putuskan apa-apa lagi (untuk kerjasama) pada masa ini, banyak juga... parti tempatan (untuk kerjasama) kita umum bila tiba masanya.

Picture
Mohd Shafie dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Bersama Akar Umbi Putatan di Putatan. Foto ASYIKIN ASMIN (SINAR)

Dengan Pakatan Harapan (PH) kita sudah ada (kerjasama) di peringkat nasional bersama dalam Kerajaan Perpaduan, sebenarnya saya antara terawal sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Warisan Bersama Rakyat di sini malam Ahad.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lepas, Warisan yang bertanding bersendirian memenangi tiga kerusi Parlimen daripada keseluruhan 52 kerusi Parlimen yang ditandinginya di seluruh negara.

PRN Sabah ke-16 tahun 2020 menyaksikan Warisan yang ketika itu bekerjasama dengan PH membentuk Warisan Plus memenangi 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah daripada keseluruhan 73 kerusi DUN, manakala penggal pentadbiran kerajaan negeri ketika ini akan tamat pada 2025.

Mohd Shafie berkata apa yang penting sekarang adalah untuk Warisan mengukuhkan parti terlebih dahulu sebelum mengorak langkah seterusnya untuk menjalin kerjasama dengan parti lain.

Beliau berkata Warisan juga akan mempersiapkan parti untuk menghadapi PRN Sabah biarpun pilihan raya itu diadakan tahun ini atau tahun depan.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi pada PRN Sabah nanti, Mohd Shafie berkata sudah tentu Warisan tidak akan bertanding di semua 73 kerusi DUN, namun Warisan tidak menolak kemungkinan untuk mempertahankan kerusi DUN yang dimenangi pada PRN Sabah yang lepas.

Menjelaskan mengenai kedudukan Warisan, beliau berkata parti itu merupakan antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan, bagaimanapun di peringkat negeri Warisan tidak termasuk sebagai parti dalam Kerajaan Sabah.

-- BERNAMA

SOURCE: AWANI

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم