Mangsa mengalami parah apabila kaki kanannya putus akibat kemalangan di Jalan Lintas, Kota Kinabalu.
Motosikal bertembung jip, anggota polis putus kaki
Koperal Polis Putus Kaki, Motosikal Bertembung Jip Dipandu Lelaki Disyaki Mabuk Di Jalan Lintas
KOTA KINABALU: Seorang anggota polis berpangkat koperal dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu putus kaki selepas terlibat dalam kemalangan di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, motosikal ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah jip di Jalan Lintas berhadapan sebuah pasar raya di sini.
Sebelum kejadian, mangsa yang berumur 35 tahun itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan akibat dari kemalangan itu, mangsa putus kaki kanan sehingga bahagian betis selepas terkena besi hadapan kenderaan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, menurut saksi kejadian, pemandu jip dikatakan membuat pusingan U di tempat yang salah.
"Terdapat pemandu lain yang membunyikan hon untuk memberi amaran kepada pemandu berkenaan, namun kenderaan itu memasuki ke laluan sebelah.
"Mangsa yang menunggang motosikal datang dari arah Kolombong menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) bergerak lurus tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku perlanggaran.
"Akibatnya, mangsa putus kaki kanan sehingga bahagian betis akibat terkena besi hadapan kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa diberi rawatan awal oleh pihak ambulans di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, pihaknya mendapati pemandu jip terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Bagaimanapun siasatan masih diteruskan dan sampel darah pemandu jip sudah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.
"Jip berkenaan turut ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
SOURCE: Utusan Borneo
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق