Kongsi 40% hasil negeri: Wakil rakyat Sabah saman Putrajaya

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Wakil rakyat Pakatan Harapan Sabah, yang terdiri daripada enam ahli parlimen dan enam Adun telah memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berhubung hak Sabah untuk mendapat kutipan hasil negeri itu.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Saman PH Sabah, 40 peratus hasil negeri: Sebutan kes 30 Ogos ini

respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Ahli Parlimen dan ADUN Sabah dari Pakatan Harapan (PH) memohon 40 peratus hak Sabah di Mahkamah Sabah dan Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah. (Foto ©malaysiagazette.com)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak semalam diberitahu plaintif dan defendan masih berunding sebelum meneruskan saman pemula yang difailkan wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Sabah, terhadap Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah mengenai tuntutan 40 peratus hasil negeri.

Oleh itu, mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu pada 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, mahkamah dijadualkan mendengar keputusan itu semalam (31 Julai 2023) jika pihak plaintif mahu meneruskan atau menarik semula saman itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam mewakili plaintif, Nelson W. Angang berkata, penetapan tarikh baharu itu untuk memberi ruang dan masa lagi bagi meneruskan rundingan.

“Tempoh masa ini supaya kedua-dua pihak dapat mencapai persetujuan atau pun tidak. Jika masih sebaliknya, maka, kami akan meneruskan tindakan undang-undang.

“Memandangkan perkara ini telah lama dan perbincangan berterusan sudah berlaku dan kewujudan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah ditubuhkan.

“Hak 40 peratus ini adalah salah satu daripada perkara yang dibincang antara pihak berkenaan dalam jawatankuasa ini, dan kami berharap perkara yang kami tuntut dapat dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Jun 2022, PH Sabah memulakan tindakan undang-undang dan menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama, dan Kerajaan Negeri Sabah sebagai defendan kedua berhubung tuntutan 40 peratus hasil negeri dikutip kerajaan Persekutuan.

Antara yang memfailkan saman itu Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi); Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin (Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan); ADUN Api-Api, Datuk Christina Liew (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah) dan ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe (Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah).

Pada November tahun lalu, Ewon dilaporkan berkata, saman terhadap Kerajaan Persekutuan berkaitan 40 peratus hasil negeri Sabah tidak akan ditarik balik walaupun gabungan itu berjaya membentuk kerajaan bersama parti politik lain selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berdasarkan saman pemula diterima Utusan Malaysia, plaintif menyatakan, dalam pembentukan Malaysia terdapat keperluan untuk mengiktiraf dan memenuhi kedudukan istimewa Sabah dan peruntukan khas yang tidak terdapat kepada 11 lagi negeri Semenanjung dalam Persekutuan Tanah Melayu disebabkan saiz geografi Sabah, keunikan etnik dan agama serta masalah pembangunan.

Kata kenyataan itu, salah satu peruntukan khas untuk Sabah ialah peruntukan kewangan khas di bawah Perkara 112C dan seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Ia memperuntukkan hak istimewa bagi Sabah untuk menerima geran khas sebanyak dua perlima atau 40 peratus daripada jumlah hasil bersih yang diperoleh oleh Persekutuan daripada Sabah. Selain itu, Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan semakan semula pemberian khas.

Jelasnya, pada 1 Disember 1969 Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah bersetuju untuk kajian semula menurut Perkara 112D bahawa untuk tempoh lima tahun dari 1969 hingga 1973, Kerajaan Persekutuan akan berhenti membuat pembayaran kepada 40 peratus kelayakan Sabah di bawah seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh.

Tetapi, sebaliknya hendaklah membuat pembayaran dalam bentuk pemberian lain untuk tempoh lima tahun bagi tahun 1969, 1970, 1971, 1972 dan 1973 masing-masing berjumlah RM20 juta, RM21.5 juta, RM23.1 juta, 24.8 juta dan 26.7 juta dan jumlah itu dianggap mencerminkan dan sama dengan jumlah dua perlima atau 40 peratus daripada hasil bersih diperolehi oleh Persekutuan bagi lima tahun, masing-masing yang juga dikenali sebagai Perintah Pemberian Khas Sabah (Semakan Pertama), 1970 (P.U. (A) 328/1970 bertarikh 18 Ogos 1970).

Namun, kata saman pemula itu, tiada semakan lain dibuat di bawah Perkara 112D selepas tamat tempoh lima tahun Kajian Pertama walaupun Perkara 112D memperuntukkan bahawa semakan hendaklah dibuat pada tahun 1974.

Katanya, memandangkan tiada semakan dibuat, Kerajaan Persekutuan membayar Sabah sejumlah RM26.7 juta setahun sejak 1974 hingga 2021 dan akibatnya, Sabah dan rakyatnya dinafikan hak perlembagaan yang melanggar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Semasa mesyuarat pertama Persidangan Kelima Parlimen Ke-14 bagi tahun 2022, Menteri Kewangan Persekutuan (tidak dinamakan) dalam jawapan bertulis yang disediakan di Parlimen telah menyatakan bahawa 40 peratus hak Sabah di bawah seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan tidak lagi terpakai.

Pendirian yang diambil oleh Menteri Kewangan Persekutuan yang mewakili kerajaan Persekutuan itu didakwa bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mengabaikan fakta bahawa Perkara 112C dan seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh tidak dipinda, dipadam atau dimansuh daripada Perlembagaan Persekutuan.

Pada 14 April 2022, kerajaan mengumumkan bahawa kajian semula di bawah Perkara 112D dipersetujui menyaksikan Kerajaan Persekutuan akan memberi Sabah geran khas untuk tempoh lima tahun bermula dari 2022 hingga 2026 dan Sabah akan menerima RM125.6 juta bermula 2022.

Kata kenyataan itu lagi, jumlah yang telah dipersetujui adalah tidak berdasarkan kelayakan 40 peratus Sabah di bawah seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan. – UTUSAN

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.