Abang ditahan, tikam adik usia 9 tahun hingga mati di Kampung Kinapulidan, Ranau

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Budak 9 tahun maut ditikam abang. Remaja lelaki itu ditahan reman selepas disyaki menikam hingga mati adik lelakinya yang berusia sembilan tahun menggunakan pisau di Kampung Kinapulidan Ranau, kelmarin.
(📸 ©PDRM Ranau Via Safwan Sawi )
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Abang tikam adik 9 tahun hingga mati, ditahan polis

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Kenyataan Media PDRM Ranau, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Ranau..
(📸 ©PDRM Ranau Via Safwan Sawi)
Seorang remaja lelaki ditahan reman selepas disyaki menikam hingga mati adik lelakinya berusia sembilan tahun menggunakan pisau di Kampung Kinapulidan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Ranau. Menurutnya, polis menerima laporan pada jam 11.27 pagi Khamis lalu daripada seorang lelaki mengatakan adiknya ditikam oleh abang di rumah mereka.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditikam di bahagian perut oleh suspek yang berusia 19 tahun ketika kedua-duanya berada di ruang tamu pada jam 5.40 pagi.

“Mangsa dikejarkan ke hospital oleh jiran namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.10 pagi ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Ranau,” katanya.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
mangsa disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Ranau.
(📸 ©PDRM Ranau Via Safwan Sawi)
Ujarnya lagi, polis masih menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental.

“Kes diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Simiun menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian segera menghubungi polis atau tampil ke IPD Ranau bagi membantu siasatan.

SOURCE: buletintv3.my

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.