McDonald's Malaysia mahu buka 36 restoran baharu di Sabah

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Datuk Seri Hajiji Noor merasmikan pembukaan McDonald’s Pandu-Lalu Jalan Sulaman 2.
(📸 ©dagangnews.com)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


McDonald’s Rancang Buka 36 Lagi Restoran Di Sabah Menjelang tahun 2030

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Hajiji (dua dari kiri) merasmikan Restoran McDonald’s Pandu Lalu Jalan Sulaman di Kota Kinabalu.
(📸 ©BERNAMA)
KOTA KINABALU: McDonald's Malaysia menyasarkan untuk membuka 36 restoran baharu di Sabah sehingga 2030 yang dijangka membabitkan pelaburan lebih RM200 juta.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Datuk Azmir Jaafar berkata, rangkaian restoran makanan segera itu pada masa ini mempunyai 16 cawangan di Sabah yang membuka peluang pekerjaan kepada seramai 1,600 orang.

Beliau berkata, pihaknya optimis untuk memastikan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk warga Sabah menerusi pembukaan restoran baharu itu kelak.

"Restoran baharu (membabitkan) di seluruh daerah bukan setakat di Kota Kinabalu sahaja tetapi juga di bandar-bandar kecil di Sabah seperti Kudat, Tuaran, Telupid dan Putatan. Kota Belud juga ada dalam senarai.

"Selain itu, dua lagi restoran (McDonald's) baharu akan dibuka di Tawau," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara McDonald's Malaysia dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini, hari ini.

Turut berlangsung pada majlis itu ialah perasmian Restoran McDonald's Pandu Lalu Jalan Sulaman yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, serta pembayaran zakat sebanyak RM100,000 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk diagihkan kepada golongan asnaf di Sabah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Datuk Azmir Jaafar.
(📸 ©sabahpost.net)
Azmir dalam ucapannya berkata, MoU itu membabitkan kerjasama dengan KKIP Sdn Bhd untuk pemerolehan 1.61 hektar tanah di kawasan milik KKIP bagi membina kilang, gudang dan pusat agihan yang akan berfungsi sebagai hab pembekal makanan lengkap untuk syarikat makanan segera itu di Malaysia Timur.

Katanya, tiga rakan pembekal terbabit ialah Bimbo QSR bagi bekalan roti bun, Tyson Foods bagi bekalan makanan seperti sayuran dan bekalan protein seperti nuget serta kepingan daging untuk jangka panjang, manakala HAVI Logistics sebagai syarikat pengedar utama yang menyediakan kemudahan bagi penghantaran bekalan.

"Ketiga-tiga pembekal ini ialah rakan pembekal McDonald's Malaysia dan juga McDonald's di peringkat global sejak sekian lama. Ini sekali gus melicinkan operasi pembekalan untuk restoran McDonald's di Sabah dan Sarawak tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pembekalan dari Semenanjung Malaysia.

"Pembekal ini mempunyai pengalaman cukup luas dan kepakaran dalam bidang pemprosesan makanan serta logistik yang diiktiraf di peringkat global," katanya menambah, Sabah semakin menonjol sebagai lokasi ideal dan strategik untuk pelaburan, selain mempunyai pelan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Majlis memeterai MoU yang disaksikan Hajiji itu ditandatangani oleh Azmir sebagai wakil McDonald's Malaysia, manakala KKIP pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Laurence Kimkuan bersama Naib Presiden Transformasi Global Bimbo QSR, Natasha Galavotti; Naib Presiden Unit Perniagaan Malaysia Tyson Foods, Victor Sim dan HAVI Logistics Malaysia pula diwakili Timbalan Pengurus Besarnya, Dominic Alexander Lopez. -BERNAMA

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.