
Kejutan dramatik Sabah julang trofi bersejarah
KUALA LUMPUR – Sabah mencipta sejarah baharu arena hoki wanita tanah air apabila menjulang gelaran Piala Tun Abdul Razak yang pertama buat pasukan itu.
Presiden Persatuan Hoki Sabah, Datuk Seri Anil Jeet Singh berbangga dengan kejayaan pasukan wanitanya yang dibarisi 70 peratus muka-muka baharu dan majoritinya adalah anak-anak Sabah.
“Semalam bila kami mesyuarat, tiada mana-mana pemain pun mengatakan mereka tidak mahu membawa pulang trofi ini ke Sabah. Hari ini mereka membuktikannya.
“Saya bangga dan berterima kasih kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan kerana berjaya merealisasikan sejarah baharu ini buat hoki Sabah,” katanya kepada Kosmo! selepas tamat aksi final hari ini.
Dalam aksi itu, Selangor yang dibimbing Ikmal Abdul Jabar berada pada landasan tepat untuk menjulang kejuaraan buat kali keempat, dengan meledak gol pertama menerusi Ellya Amanina Elias seawal minit keempat.

Turun dengan status sebagai pasukan pilihan langsung tidak mematahkan semangat Sabah yang dilihat beraksi lebih kompak tanpa melakukan sebarang kesilapan mudah.


SOURCE: KOSMO! ONLINE
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date