Wanita Sabah juara Piala Tun Abdul Razak 2023

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
SABAH mencipta sejarah apabila muncul juara baharu Piala Tun Abdul Razak kategori wanita selepas menewaskan Selangor 2-1.
(📸 ©HOKITA)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Kejutan dramatik Sabah julang trofi bersejarah

KUALA LUMPUR – Sabah mencipta sejarah baharu arena hoki wanita tanah air apabila menjulang gelaran Piala Tun Abdul Razak yang pertama buat pasukan itu.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Gol yang dijaringkan pada separuh masa kedua memberi kemenangan dan kejuaraan kepada Sabah buat kali pertama. Tahniah Selangor mencapai tempat ke 2.
( 📸 ©HOKITA)
Lebih manis, kejayaan itu hadir menerusi kemenangan 2-1 ke atas juara bertahan, Selangor pada aksi final edisi kelapan kali ini di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Presiden Persatuan Hoki Sabah, Datuk Seri Anil Jeet Singh berbangga dengan kejayaan pasukan wanitanya yang dibarisi 70 peratus muka-muka baharu dan majoritinya adalah anak-anak Sabah.

“Semalam bila kami mesyuarat, tiada mana-mana pemain pun mengatakan mereka tidak mahu membawa pulang trofi ini ke Sabah. Hari ini mereka membuktikannya.

“Saya bangga dan berterima kasih kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan kerana berjaya merealisasikan sejarah baharu ini buat hoki Sabah,” katanya kepada Kosmo! selepas tamat aksi final hari ini.

Dalam aksi itu, Selangor yang dibimbing Ikmal Abdul Jabar berada pada landasan tepat untuk menjulang kejuaraan buat kali keempat, dengan meledak gol pertama menerusi Ellya Amanina Elias seawal minit keempat.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
BARISAN pemain Sabah meraikan kejayaan menjuarai Piala Tun Abdul Razak selepas menewaskan Selangor 2-1 pada final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.
(📸 ©MHC)
Bagaimanapun, Sabah kendalian Hasrul Jideh bangkit membuktikan kemampuan mereka dengan gol penyamaan hasil jaringan padang Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun pada minit ke-18.

Turun dengan status sebagai pasukan pilihan langsung tidak mematahkan semangat Sabah yang dilihat beraksi lebih kompak tanpa melakukan sebarang kesilapan mudah.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
REAKSI para pemain Sabah (jersi biru) selepas sah bergelar juara Piala Tun Abdul Razak 2023 menewaskan Selangor 2-1 pada final musim ini.
(📸 ©MHC)
Hasilnya, Sabah memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan Selangor untuk meledak jaringan kemenangan menerusi gol padang Cyrachilld Rojos pada minit ke-38.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
KETUA jurulatih Selangor, Ikmal Abdul Jabar (tengah) bersama barisan pemainnya berterima kasih kepada para penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada mereka.
(📸 ©MHC)
Biarpun diasak bertali-arus tetapi barisan pemain Sabah diketuai kapten, Surizan Awang Noh berjaya mematahkan segala percaturan Selangor yang dilihat buntu mencari gol penyamaan sehinggalah wisel penamat.

SOURCE: KOSMO! ONLINE

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم