Suami isteri maut kemalangan di Kota Belud
KOTA BELUD: Pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan di Bukit Kelawat, Jalan Kota Belud, di sini, malam ini.Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 7.42 malam.
Katanya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Suffian Aban digerakkan ke tempat kejadian sejauh 16 kilometer dari balai.
"Kedua-dua mangsa kemudian dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya ketika dihubungi, malam ini.
Riki berkata, kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, pemandu dan penumpang Toyota Revo dilaporkan selamat.
SOURCE: Laporan Asal Juwan Riduan BH
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment