Kakak maut, adik kritikal nahas awal pagi
Keningau: Seorang wanita maut manakala adiknya kritikal selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom, awal pagi hari ini.Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa, Nurul Syakina Kasim, 22, yang memandu Proton Wira disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adik lelakinya berusia 17 tahun tidak sedarkan dan menerima rawatan di Zon Marah Hospital Keningau.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Garai berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 38 tahun dari arah Keningau menuju ke Tenom manakala mangsa memandu Proton Wira dari arah Tenom menuju ke Keningau bersama adiknya. Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai Proton Wira itu hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Hilux.
"Mangsa yang cedera menerima rawatan di Zon Marah Hospital Keningau dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Yampil berkata, pemandu Toyota Hilux hanya mengalami cedera ringan dan semua mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan.
"Bedah siasat akan dijalankan selepas mendapat keputusan saringan Covid-19.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
SOURCE: HARIAN METRO
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق