Helikopter yang terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) pagi tadi dipandu seorang juruterbang pelatih kadet wanita ketika dalam penerbangan latihan solo.
K
etua Instruktor Akademi Helikopter Layang-Layang, Kapten K Sudhir, berkata helikopter Bell 206B dengan pendaftaran 9M-LLM itu dilaporkan terhempas jam 11.58 pagi selepas beberapa minit berlepas dari hangar Layang-Layang Aerospace di Terminal Dua, KKIA.
Bagaimanapun, katanya, pelatih berkenaan, Fatin Nadeera Mohd Jeffrey, 21, berada dalam keadaan baik dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk pemeriksaan lanjut.
"Ketika insiden itu, hanya Fatin seorang dalam pesawat berkenaan. Setakat ini kami belum dapat memaklumkan punca kemalangan kerana ia masih dalam siasatan pihak berkaitan termasuk polis dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.
Nahas helikopter tidak patah semangat Fatin untuk terbang
RAUT wajahnya lembut dan perwatakan kewanitaan jelas terserlah, namun di sebalik semua itu, terpancar jiwa kental dan keberanian demi menggapai cita-cita 'terbang di awan' walaupun pernah melalui detik cemas apabila helikopter kendaliannya terbabit dalam nahas, Mei lalu.
Fatin Nadeera Jeffrey, 21, pernah terlantar di hospital akibat kecederaan susulan insiden di hujung landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), ketika menjalani latihan penerbangan kursus Commercial Pilot License atau CPL (Helikopter).
Tiga bulan berlalu, anak kelima daripada tujuh beradik itu tegas menyatakan insiden berkenaan tidak memberi apa-apa kesan yang mampu menggugat impiannya bergelar juruterbang pesawat komersial suatu hari nanti.
"Pada mulanya selepas kejadian itu memang ada rasa takut, namun ia dapat ditangani. Insiden pada 28 Mei itu adalah pengalaman yang tidak akan dapat saya lupakan sepanjang menjalani latihan sebagai juruterbang pelatih.
"Saya bimbang jika ia mengganggu tumpuan saya ketika latihan, namun sokongan keluarga, rakan dan pihak pengurusan pusat latihan penerbangan serta tenaga pelatih menjadi penyuntik semangat. Walaupun kejadian itu pengalaman pahit bagi saya, sebagai wanita ia bukan halangan untuk meneruskan impian.
"Insiden boleh berlaku di mana-mana pada bila-bila masa. Kejadian itu saya jadikan pengajaran untuk meneruskan baki penerbangan lebih 50 jam hingga akhir tahun ini," katanya pelatih di Layang-Layang Helikopter Academy Sdn Bhd (LLHA), yang sudah menghabiskan lebih 40 jam latihan penerbangan.
Dalam kejadian jam 11.58 pagi pada 28 Mei lalu, helikopter Bell 206B yang diterbangkan Fatin Nadeera terbalik di kawasan berumput berhampiran landasan selepas beberapa minit keluar dari hangar LLHA dekat Terminal Dua, KKIA.
Fatin Nadeera mengikuti kursus CPL (Helikopter) selama 12 bulan sejak Disember tahun lalu di LLHA, dengan masa penerbangan yang perlu dihabiskan ialah 102 jam.
Berasal dari Kota Kinabalu, Fatin Nadeera juga adalah pelatih wanita tunggal dalam kumpulan pertama dan kedua untuk kursus CPL di LLHA, selain memiliki Private Pilot License (PPL), yang membolehkannya membawa pesawat kecil (fixed wing) menerusi kursus yang diambil di Filipina pada tahun 2012 hingga 2013.
Minat membaca jika ada masa terluang, wanita muda ini berkata, kekerapan keluarganya pulang ke kampung sebelah ibunya di Sarawak menjadi antara faktor dia menyimpan harapan menjadi juruterbang.
"Sejak kecil kami sekeluarga selalu melancong, termasuk balik ke Sarawak. Setiap kali terdengar bunyi enjin kapal, saya tertarik dan berasa `mahu buat sesuatu dengan bunyi itu'. Keluarga juga menjadi pendorong utama dalam kerjaya ini," katanya.
Sementara itu, Pendaftar LLHA, Precilla JJ Hussin, berkata pelatih di akademi itu bukan hanya belajar teori, malah didedahkan pada latihan penerbangan.
"Sesi pembelajaran bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Selain belajar teori di kelas, pelatih menjalani latihan penerbangan. Latihan berbeza dalam aspek pelatih baharu atau yang berpengalaman mengendalikan pesawat.
"Bagi pelatih yang tiada pengalaman, tempoh minimum latihan untuk mendapat lesen CPL adalah 18 bulan. Bagi mereka yang ada pengalaman dan lesen PPL seperti Fatin Nadeera, tempoh minimum pengajian untuk mendapat CPL adalah 12 bulan.
"Sepanjang latihan penerbangan, pelatih di akademi ini menggunakan pesawat Jet Ranger Bell 206B3. Pelatih juga didedahkan kepada latihan simulator. Selain di udara Kota Kinabalu, pelatih menjalani latihan penerbangan di Kuala Penyu iaitu di pedalaman atas Sabah," katanya.
LLHA beroperasi sejak tahun lalu mempunyai 10 kakitangan, termasuk pengurusan, pentadbiran dan tenaga pengajar.
Akademi ini juga mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada tahun 2014 untuk latihan penerbangan hingga lesen juruterbang komersial.
Terletak kira-kira 100 meter dari Terminal Dua KKIA, akademi ini memiliki pelbagai kemudahan, antaranya simulator, perpustakaan, kelas dan bilik taklimat serta operasi.
BIODATA
Nama : Fatin Nadeera Jeffrey
Bagaimanapun, katanya, pelatih berkenaan, Fatin Nadeera Mohd Jeffrey, 21, berada dalam keadaan baik dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk pemeriksaan lanjut.
"Ketika insiden itu, hanya Fatin seorang dalam pesawat berkenaan. Setakat ini kami belum dapat memaklumkan punca kemalangan kerana ia masih dalam siasatan pihak berkaitan termasuk polis dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.
Nahas helikopter tidak patah semangat Fatin untuk terbang
FATIN Nadeera menjalani rawatan selepas terbabit dalam nahas helikopter di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Fatin Nadeera Jeffrey, 21, pernah terlantar di hospital akibat kecederaan susulan insiden di hujung landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), ketika menjalani latihan penerbangan kursus Commercial Pilot License atau CPL (Helikopter).
Tiga bulan berlalu, anak kelima daripada tujuh beradik itu tegas menyatakan insiden berkenaan tidak memberi apa-apa kesan yang mampu menggugat impiannya bergelar juruterbang pesawat komersial suatu hari nanti.
"Pada mulanya selepas kejadian itu memang ada rasa takut, namun ia dapat ditangani. Insiden pada 28 Mei itu adalah pengalaman yang tidak akan dapat saya lupakan sepanjang menjalani latihan sebagai juruterbang pelatih.
"Saya bimbang jika ia mengganggu tumpuan saya ketika latihan, namun sokongan keluarga, rakan dan pihak pengurusan pusat latihan penerbangan serta tenaga pelatih menjadi penyuntik semangat. Walaupun kejadian itu pengalaman pahit bagi saya, sebagai wanita ia bukan halangan untuk meneruskan impian.
Dalam kejadian jam 11.58 pagi pada 28 Mei lalu, helikopter Bell 206B yang diterbangkan Fatin Nadeera terbalik di kawasan berumput berhampiran landasan selepas beberapa minit keluar dari hangar LLHA dekat Terminal Dua, KKIA.
Fatin Nadeera mengikuti kursus CPL (Helikopter) selama 12 bulan sejak Disember tahun lalu di LLHA, dengan masa penerbangan yang perlu dihabiskan ialah 102 jam.
Berasal dari Kota Kinabalu, Fatin Nadeera juga adalah pelatih wanita tunggal dalam kumpulan pertama dan kedua untuk kursus CPL di LLHA, selain memiliki Private Pilot License (PPL), yang membolehkannya membawa pesawat kecil (fixed wing) menerusi kursus yang diambil di Filipina pada tahun 2012 hingga 2013.
Minat membaca jika ada masa terluang, wanita muda ini berkata, kekerapan keluarganya pulang ke kampung sebelah ibunya di Sarawak menjadi antara faktor dia menyimpan harapan menjadi juruterbang.
Sementara itu, Pendaftar LLHA, Precilla JJ Hussin, berkata pelatih di akademi itu bukan hanya belajar teori, malah didedahkan pada latihan penerbangan.
"Sesi pembelajaran bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Selain belajar teori di kelas, pelatih menjalani latihan penerbangan. Latihan berbeza dalam aspek pelatih baharu atau yang berpengalaman mengendalikan pesawat.
"Bagi pelatih yang tiada pengalaman, tempoh minimum latihan untuk mendapat lesen CPL adalah 18 bulan. Bagi mereka yang ada pengalaman dan lesen PPL seperti Fatin Nadeera, tempoh minimum pengajian untuk mendapat CPL adalah 12 bulan.
"Sepanjang latihan penerbangan, pelatih di akademi ini menggunakan pesawat Jet Ranger Bell 206B3. Pelatih juga didedahkan kepada latihan simulator. Selain di udara Kota Kinabalu, pelatih menjalani latihan penerbangan di Kuala Penyu iaitu di pedalaman atas Sabah," katanya.
Akademi ini juga mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada tahun 2014 untuk latihan penerbangan hingga lesen juruterbang komersial.
Terletak kira-kira 100 meter dari Terminal Dua KKIA, akademi ini memiliki pelbagai kemudahan, antaranya simulator, perpustakaan, kelas dan bilik taklimat serta operasi.
BIODATA
Nama : Fatin Nadeera Jeffrey
Asal : Kota Kinabalu
Adik-beradik : Anak kelima daripada 7 beradik
Kelayakan : Memiliki Private Pilot Licence (PPL)
Hobi : Membaca buku
Post a Comment