MANGSA mendapat rawatan kecemasan selepas ditikam suami di salun kecantikan, semalam.
Tikaman ‘curang’
Seorang lelaki bertindak nekad menikam isterinya dengan pisau selepas mengesyaki wanita terbabit curang dalam kejadian di salun kecantikan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.20 pagi, mangsa berusia 36 tahun yang juga pekerja salun cedera di dada dan lengan kiri sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, di sini, untuk mendapatkan rawatan.Menurut sumber, sebelum kejadian, suami mangsa berusia 50 tahun muncul di pusat salun dengan membawa beg plastik merah dipercayai mengandungi pisau.
“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum berlanjutan sehingga tolak-menolak.
“Melihat suami semakin hilang sabar, wanita terbabit melarikan diri dan cuba mendapatkan bantuan rakan sekerjanya,” katanya. - Harian Meto
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 7:49 AM 2015
Laporan asal
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Belum lg tau sama da btl2 curang ka stkt tuduhan..sudah sebar berita wanita curang. Boleh di saman ninkalau bemda tidak betul sebab mengaibkan peremouan tersebut.
ReplyDeletePost a Comment