Berita Baik! Tiada penambahan kes positif COVID-19 di Sabah hari ini

Sabah mengenal pasti beberapa lokasi di Kota Kinabalu, Tawau dan Lahad Datu sebagai kawasan tumpuan serta penyumbang kepada peningkatan kes COVID-19.
Tiada penambahan kes positif COVID-19 di Sabah hari ini

Tiada sebarang tambahan kes positif COVID-19 bagi negeri Sabah dan ia kekal sebanyak 170 kes setakat Rabu (25 Mac 2020).

M
enurut posting Facebook, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, daerah Tawau masih mencatatkan rekod kes tertinggi dengan 49 kes diikuti Lahad Datu (34) dan Kota Kinabalu (23).

Seterusnya, Tuaran merekodkan 12 kes, Sandakan dan Kinabatangan pula masing-masing 11 kes. Semalam, Sabah mengenal pasti beberapa lokasi di Kota Kinabalu, Tawau dan Lahad Datu sebagai kawasan tumpuan serta penyumbang kepada peningkatan kes COVID-19.


Sehubungan itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, segala pergerakan dan aktiviti di lokasi panas itu akan dihadkan serta-merta bagi menangani jumlah peningkatan kes COVID-19 di negeri tersebut.


Terdahulu, Sabah pada Isnin Sabah merekodkan peningkatan 11 kes dan pada Selasa hanya satu kes.


Post a Comment

Previous Post Next Post