Bahagian Selatan Gunung Kinabalu Alami kerosakan Teruk – Pengarah Taman Sabah

Kickbola.net
Bahagian Selatan Gunung Kinabalu Alami kerosakan Teruk – Dr Jamlili. Gambar kesan Gempa Bumi di Gunung Kinabalu yang sempat dirakam oleh Pengarah Taman-Taman Sabah bersama pasukannya.

Bahagian Selatan Gunung Kinabalu Alami kerosakan Teruk – Dr Jamlili

Gempa bumi pada Jumaat lalu mengakibatkan bahagian selatan Gunung Kinabalu mengalami kerosakan teruk, kata Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais.

B eliau berkata menerusi pemerhatiannya ketika berada di ruang udara gunung tersebut pagi ini bersama pasukan penyelamat, bahagian selatan gunung itu mengalami runtuhan yang teruk.

“Sebelum membuat tinjauan itu kami merancang untuk mendarat di Laban Rata, sebelum memulakan pendakian ke kilometer 7 untuk melihat tahap kerosakan di situ. Namun kami tidak dapat mendarat ekoran kabus tebal dan angin kencang.

“Oleh itu kami hanya dapat melakukan tinjauan dari udara dan menerusi tinjauan itu, saya melihat runtuhan batu seperti satu aliran sungai yang dinamakan ‘River of Stone’ yang bermula di antara puncak ‘Donkey Ears dan puncak ‘Tunku Abdul Rahman’,” katanya kepada pemberita, di sini.


Jamili berkata, bahagian Barat dan Timur gunung tersebut turut mengalami kerosakan sedikit manakala di bahagian Utara gunung pula tidak dapat dikenalpasti ekoran kabus tebal meliputi gunung itu. Bagaimanapun Jamili berkata pasukannya akan cuba untuk mendarat di Laban Rata untuk membuat tinjaun lanjut tahap kerosakan itu pada Rabu ini.


Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan dua masih hilang dalam gempa pada 7.15 pagi hari tersebut – terkuat pernah dialami Malaysia setakat ini. — BERNAMA


Post a Comment

Previous Post Next Post