TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama orang kenamaan lain termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dibawa keluar dari bilik taklimat berikutan gegaran kuat pada jam 1.35 tengah hari tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami sendiri pengalaman gempa bumi ketika menghadiri taklimat di Kundasang. Taklimat terpaksa dihentikan kerana semua keluar dari bangunan. Cuba bayangkan betapa sukarnya keadaan yang terpaksa dihadapi oleh semua pasukan penyelamat di atas pergunungan ketika ini. ‪#salute‬
RANAU: Taklimat tragedi gempa bumi Sabah yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Restoran Liwagu di sini terpaksa dihentikan akibat gegaran kuat jam 1.35 tengah hari tadi. Keadaan itu mencetuskan situasi cemas sehingga Muhyiddin dibawa keluar dari bilik taklimat.


Beliau bersama orang kenamaan lain termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman kemudian berkumpul di kawasan lapang di luar restoran.

[TERBARU] Koresponden melaporkan gegaran kuat landa daerah Liwagu, Kundasang pada jam 1.35 petang.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz kelihatan berlari meninggalkan bangunan di Kundasang.

Sidang media beliau kemudian diadakan di luar restoran berkenaan berikutan faktor keselamatan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date