Sabah, 7 Jun - Satu kempen yang dilancarkan bagi mengutip derma untuk keluarga mendiang Robbi yang maut di dalam tragedi gempa bumi Sabah baru-baru ini telah berjaya mengutip hampir RM50,000 dalam masa 14 jam.

Kempen yang dilancarkan melalui laman web indiegogo.com itu pada mulanya hanya meletakkan target US$10,000 dollar sahaja untuk masa 14 hari namun dalam masa 14jam sahaja, target itu telah dipecahkan oleh 235 orang penderma.
Menurut penganjur kempen tersebut, kesemua kutipan derma ini akan disalurkan kepada ahli keluarga mendiang Robbi.

Picture
Najib Tun Razak mendukung Cameron Robbi, 6 bulan, anak kepada mendiang Robbi Sapinggi yang terkorban semasa tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu, sambil diperhati oleh balu mendiang Reena Joshi, pada Selasa.

Mendiang Robbi pergi meninggalkan seorang isteri bersama seorang anak lelaki yang berusia enam bulan.


Kempen ini dilancarkan oleh Amazing Borneo Tours, sebuah agensi pelancongan di Sabah yang juga agensi dimana mendiang Robbi berkhidmat.

Baca : Malim Gunung Robbi Sapinggi, Wira Yang Terkorban Demi Selamatkan Nyawa Pendaki

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date